PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab jawatan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM yang telah kosong sejak 22 Jun 2025, iaitu apabila tujuh orang pesuruhjaya telah tamat tempoh perkhidmatan mereka masih belum diisi sehingga hari ini. Apakah Jawatankuasa Pilihan berkaitan Kementerian akan diberi kuasa untuk menapis calon-calon Pesuruhjaya SUHAKAM.
JAWAPAN
YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 587), pada 19 Ogos 2025, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan enam (6) orang anggota SUHAKAM untuk tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa serta-merta. Anggota baharu yang dilantik adalah:
i. YBhg. Datuk Mary @ Mariati Robert;
ii. Tuan Dahim Anak Nadot;
Puan Bathmavathi a/p K. Krishnan;-
iv. YBhg. Dato’ Ahmad Azam bin Ab Rahman;
V. YBhg. Datuk Tay Lee Ly; dan
vi. Tuan Abdul Kadir Jailani bin Ismail
2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skop kerja Jawatankuasa Pilihan Berkaitan Kementerian (JKPK) adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Sekian, terima kasih.

