๐๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ ๐๐จ๐ค (๐๐๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ก) ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฉ๐๐ซ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐ญ ๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐
=========================================
Bajet Persekutuan 2026 adalah satu bajet yang menyeluruh dan merangkumi beberapa agenda reformasi yang penting dari segi undang-undang dan juga sosio-ekonomi.
Di sini saya ingin membangkitkan beberapa isu yang saya berharap dapat menarik perhatian pihak kerajaan.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ==========================================
Saya menyambut baik pengwujudan Majlis Pendidikan Negara (MPN) untuk mengumpul pandangan daripada pelbagai pihak dalam menyelaras dasar dan pelaksanaan pendidikan merentas kementerian bermula dari peringkat prasekolah sehingga peringkat tertinggi.
Pendidikan adalah asas pembangunan negara. Kerajaan haruslah menjalankan kajian terhadap pendidikan dan kurikulum sekolah dari masa ke semasa. Ramai warga Malaysia, khususnya golongan kelas menengah dan atasan merasa kecewa terhadap sistem pendidikan negara kita.
Kini, semakin ramai ibubapa menghantar anak mereka belajar di sekolah swasta ataupun home school yang mengikuti kurikulum dan peperiksaan negara lain. Di Johor, beratus-ratus anak Malaysia terpaksa bangun pagi untuk masuk ke Singapura untuk belajar di sekolah di Singapura, ini adalah tanda-tanda warga Malaysia telah hilang keyakinan terhadap sistem pendidikan negara kita. Saya berharap anggota Majlis Pendidikan Negara diketuai oleh tokoh pendidikan yang progresif yang berfikiran terbuka yang sudi dengar suara hati rakyat dan bukannya tokoh yang terikat kepada dasar pendidikan sekarang.
Saya berharap MPN dan Kementerian Pendidikan dapat mengkaji semula kedudukan SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CONFORMING MALAYSIA (SMJK).
Status Undang-Undang Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Conforming) Malaysia wujud di pertengahan tahun 1950-an, Kerajaan mula menawarkan peluang kepada sekolah menengah Cina untuk memohon bantuan penuh, di mana sekolah menengah Cina dijadikan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Bantuan Penuh di bawah Ordinan Pelajaran 1957.
Dalam Akta Pendidikan 1961, sekolah menengah Cina yang menerima tawaran kerajaan diklasifikasikan dan ditakrifkan di bawah Seksyen 2 sebagai Sekolah Menengah jenis kebangsaan (SMJK).
Tetapi menurut Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996, SMJK tidak lagi merupakan satu kategori spesifik, dan SMJK hilang status dalam sistem pendidikan negara. Ini mewujudkan kekaburan undang-undang mengenai identiti dan tadbir urus SMJK.
Majlis Pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Conforming) Malaysia memohon Menteri Pendidikan Malaysia mengesahkan kedudukan dan status undang-undang SMJK dengan menubuhkan satu unit khas dalam Kementerian Pendidikan Malaysia serta melantik pegawai khas untuk mengendalikan perkara berkaitan dengan SMJK.
Dalam kenyataan Majlis Pembangunan SMJK, majlis ini juga merayu kerajaan menambahkan peruntukan khas penyelenggaraan dan pembaikan kecil SMJK kepada RM 30 juta untuk 81 buah SMJK kerana banyak bangunan sekolah telahpun usang dan perlu dinaiktaraf, di samping itu mereka perlu membayar bil-bil utiliti sekolah.
Tuan Yang diPertua, saya telah membangkitkan isu permohonan pemindahan SMJK Confucian ke tapak pendidikan di Taman Danau Desa di dalam dan di luar Parlimen. Permohonan ini dibangkitkan kerana bangunan SMJK Confucian yang dibina sejak 1906 tidak lagi selamat digunakan sebagai sekolah, dan bangunan sekolah ini juga terletak di atas tapak yang bukan milikan sekolah itu.
Saya pernah mencadangkan Kementerian Pendidikan meluluskan permohonan Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Confucian untuk dipindah dari tapak yang sedia ada ke lot 54836 di Taman Danau Desa. Lot 54836 adalah tapak SK Danau Perdana yang sudah berpindah ke tapak yang baru pada tahun 2004 kerana bangunan sekolah yang tidak selamat. Permohonan SMJK Confucian ini juga disokong oleh 26 persatuan dan PIBG di 5km di sekitar Taman Desa.
Tetapi permohonan daripada Lembaga Pengelola Sekolah dan disokong oleh saya ini ditolak oleh Kementerian Pendidikan dengan alasan sekolah ini adalah sekolah bantuan dan ia tidak boleh dipindah atas tapak pendidikan kerajaan.
Penolakan Kementerian Pendidikan terhadap permohonan tanah pendidikan SMJK Confucian ini adalah amat tidak munasabah. Guru dan pelajar SMJK Confucian terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah ini mengikuti segala kurikulum Kementerian Pendidikan dan menduduki peperiksaan SPM. Gaji guru dibiayai oleh kerajaan, bahasa pengajaran dalam sekolah adalah Bahasa Malaysia, pelajar Muslim dikehendaki menyertai kelas agama Islam. Ia sebenarnya adalah satu sekolah kebangsaan dan sekolah kerajaan.
Kenapakah bila sekolah yang kini mencapai usia 119 tahun dan menghadapi masalah bangunan yang tidak selamat dinafikan tanah pendidikan bagi sekolah itu untuk mengadakan pembangunan semula? Ini adalah bercanggah dengan prinsip dan jiwa MADANI.
Kementerian Pendidikan kini menghadapi banyak kritikan berkenaan dengan keselamatan pelajar di dalam sekolah, apakah kementerian pendidikan hanya akan memberi kelulusan kepada SMJK Confucian ini berpindah ke tanah pendidikan bila berlakunya insiden yang menjejaskan nyawa pelajar ataupun guru di sekolah tersebut?
Saya menyeru Kementerian Pendidikan dan Majlis Pendidikan Negara untuk mengkaji semula kedudukan SMJK dalam sistem pendidikan negara supaya SMJK tidak dianaktirikan oleh Kementerian Pendidikan.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
==========================================
Dalam Bajet 2026, kerajaan mencadangkan kenaikan cukai eksais terhadap rokok dan produk tembakau yang dipanaskan adalah wajar, tetapi bajet ini sunyi dalam isu produk vape yang kontroversial. Mengapa tiada cadangan menaikkan cukai terhadap produk vape memandangkan vape telah menjadi satu benda yang kontroversial.
Saya pernah menghadiri satu libat urus berkenaan dengan vape dengan pengusaha industri vape, NGO dan ahli akademik pada bulan lepas. Saya mendapat pelbagai perspektif tentang vape. Saya rasa hairan Malaysia mempunyai industri pembuatan produk vape yang aktif dan malah dieksport ke negara jiran. Orang Indonesia suka beli vape dari Malaysia kerana rekabentuk dan kandungan vape kita yang menarik.
Mengikut Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), nilai industri vape Malaysia dianggarkan berjumlah RM3.48 bilion pada tahun 2023, peningkatan sebanyak 53% berbanding dengan RM2.27 bilion pada tahun 2019.
Sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk melarangkan vape, larangan ini bukan sahaja akan menjejaskan pengusaha dalam industry ini dan mengurangkan cukai pendapatan kerajaan, maka sudah pasti larangan ini tidak akan menghentikan penggunaan vape tetapi ia akan menyuburkan aktiviti penyeludupan dan pasaran gelap.
Selain itu, dari segi sudut perubatan, vape boleh memainkan peranan untuk membantu perokok yang ingin menghentikan penghisapan rokok dengan menghisap vape yang mempunyai tahap nikotin yang kurang, dan perokok kemudian boleh menghentikan penghisapan rokok secara perlahan-lahan.
Saya pernah mengeluarkan kenyataan yang menyeru kerajaan melarangkan vape, tetapi di sini saya ingin menyeru kerajaan jangan melarangkan vape secara terburu-buru, tetapi mengenakan kawalan yang ketat terhadap vape dan industri ini sebelum kerajaan mengharamkannya.
Cadangan saya adalah:
๐) ๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐๐ฆ๐ค๐๐ง ๐ฏ๐๐ฉ๐ ๐ฃ๐๐ง๐ข๐ฌ โ๐จ๐ฉ๐๐ง ๐ฌ๐ฒ๐ฌ๐ญ๐๐ฆโ
Vape Open system adalah punca peningkatan penggunaan di golongan muda dan bawah umur. Sistem ini membolehkan pengguna campur aduk perisa dan bahan buatan sendiri seperti ganja dan dadah tanpa kawalan. Ia mewujudkan budaya โbaristaโ perisa vape yang menarik minat lebih ramai pengguna.
Saya mencadangkan kerajaan hanya membenarkan vape โclosed systemโ dijual langsung dari pengilang atau pengimport yang berdaftar dengan Kementeri Kesihatan Malaysia dengan semakan kualiti secara usaha sama dengan SIRIM.
๐) ๐๐๐ฐ๐๐ฅ ๐ฌ๐๐ฅ๐ข๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ฉ๐๐ซ๐๐ง๐ญ๐ข ๐ฆ๐๐ซ๐จ๐ค๐จ๐ค ๐๐ฅ๐๐ญ๐ซ๐จ๐ง๐ข๐ค ๐ฏ๐๐ฉ๐, ๐ฌ๐ก๐ข๐ฌ๐ก๐, ๐ก๐๐๐ญ๐๐ ๐ญ๐จ๐๐๐๐๐จ (๐๐๐)
Pemain industry menggunakan peranti-peranti ini sebagai โloop holeโ untuk mengiklan dan promosi budaya merokok.
Saya mencadangkan semua peranti eletronik wajib diklasifikasi sebagai bahan merokok yang dikawal-selia oleh Kementerian Kesihatan, dan dikenakan peraturan baharu di abwah Akta 852 yang sedia ada.
Negara-negara seperti UK dan New Zealand memilih pendekatan kawalan dan bukan larangan terhadap vape, dan dasar ini berjaya menurunkan kadar orang yang merokok.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐)
=========================================
Saya terima beberapa aduan daripada juru ukur yang terkesan oleh Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 (A1703), kerana pindaan ini telah menggugat keadilan profesional dalam bidang geomatik negara kita.
Akta Juru ukur tanah berlesen bertujuan meletakkan bidang geomatik di bawah satu lesen. Profesion yang sepatutnya berkembang secara pelbagai kini terhimpit di bawah lesen tunggal yang tidak mencerminkan realiti ilmu dan teknologi hari ini. Bidang geomatik hari ini bukan sekadar ukur tanah. Ia meliputi GIS (Sistem Maklumat Geografi), Penderiaan Jauh, Hidrografi, dan BIM (Sistem Maklumat Bangunan). Tiada satu pun negara di dunia yang meluaskan lesen ukur tanah hingga merangkumi semua bidang ini.
Apa yang mengecewakan pengusaha juru ukur ialah, peruntukan peralihan di bawah Seksyen 15 dalam Akta ini tidak dilaksanakan, tetapi ramai juru ukur yang telah lama berkecimpung dalam bidang geomatik sekarang dikehendaki menjalani kursus tambahan dan latihan di bawah juruukur tanah yang berlesen, dan malah menduduki peperiksaan, dan melalui Viva Voce sebelum diberikan lesen.
Bayangkan, pemegang ijazah GIS (geographical information system) dan Penderiaan Jauh (remote sensing) sekarang perlu lulus 10 kursus tambahan sebelum dibenarkan praktis.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru supaya kerajaan melakukan reset moral dan struktur โ membina semula keadilan profesional dengan memastikan setiap disiplin geomatik baru terbuka kepada persaingan, bukannya tunduk di bawah satu lesen tunggal.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
==========================================
Saya ingin memuji prestasi SPRM yang telah berjaya menjalankan siasatan dan mendakwa agak ramai ahli politik, pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan malah membantu kerajaan mendapatkan balik dana melalui rasuah.
Memandangkan laporan berkenaan rasuah telah meningkat, banyak laporan SPRM yang telah dibuat oleh orang awam tidak diambil tindakan, dan bagi kes yang โsimpleโ yang mempunyai bukti yang kukuh, SPRM selalu mengambil masa yang panjang yang malah melebihi satu tahun untuk menjalankan pendakwaan. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menambahkan perjawatan SPRM, dan menambahkan bajet kepada SPRM untuk menjalankan latihan kepada pegawai dan penambahan pegawai professional untuk menyertai SPRM.
Kedua-dua cadangan ini adalah amat diperlukan untuk mempercepatkan proses penyiasatan dan pendakwaan kes yang disiasat, dan mempercepatkan kerajaan untuk mendapat balik (recovery) dan perlucutan harta dengan lebih sistematik dan terancang.
Selain itu, penambahan pegawai SPRM juga memudahkan untuk menempatkan pegawai SPRM di Kementerian, GLC, badan berkanun dan jabatan kerajaan sebagai โcertified Integrity Officerโ (CEIO) yang selaras dengan National Anti Corruption Strategy 2024 โ 2028.
Sekian, terima kasih.
Teresa Kok

