Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan tindakan Kementerian untuk melindungi pekebun kecil sawit daripada penipuan baja tiruan

Posted on Thursday, 09-10-2025 by Editorial Team

SOALAN
PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk melindungi pekebun kecil sawit daripada penipuan baja tiruan. Apakah Kementerian menetapkan standard dan kualiti baja bagi penanaman sawit.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sentiasa prihatin terhadap keperluan pekebun kecil sawit untuk memperoleh hasil sawit berkualiti termasuk melindungi mereka daripada penipuan baja tiruan. Bagi tujuan ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menawarkan perkhidmatan analisis baja di Pusat Perkhidmatan Agronomi Sawit (OPAC) yang beroperasi di tiga (3) lokasi iaitu Stesen Penyelidikan MPOB di Kluang, Johor, Lahad Datu, Sabah dan Hulu Paka, Terengganu.

2. KPK melalui MPOB juga aktif mengadakan kempen kesedaran kepada pekebun kecil mengenai baja rendah kualiti dan palsu secara langsung di lapangan serta melalui aplikasi mudah alih Baja Sawit. Selain itu, Pegawai TUNAS di setiap wilayah dan daerah membantu pekebun kecil sawit dengan memberi nasihat serta sokongan langsung mengenai amalan agronomi, jenis baja dan kaedah pembajaan.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini tidak menetapkan standard bagi penanaman sawit. la adalah tertakluk kepada piawaian yang telah dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) seperti Malaysian Standard (MS) 49:1994, MS 644:1995 dan MS 909:1994. Walau bagaimanapun, MPOB telah membangunkan enam (6) formulasi baja khas untuk kelapa sawit mengikut jenis tanah dengan kawalan kuliti dan spesifikasi.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme