Pagi ini saya dan YB Syed Saddiq terima memorandum daripada sekumpulan aktivis daripada BERSIH, Sekretariat Himpun, NGO, aktivis mahasiswa dan anak muda di pintu utama Parlimen Malaysia.
Penyerahan memorandum diadakan dalam hujan. Aktivis muda melaungkan slogan dan memainkan gendang dengan penuh semangat. Mereka dikelilingi oleh anggota polis dan FRU.
Tuntutan mereka adalah:-
1️⃣ Reformasi menyeluruh Akta Perhimpunan Aman 2012; dan
2️⃣ Pemansuhan Akta Hasutan 1948
Syed Saddiq dan saya dibasahi air hujan dan masuk ke parlimen.
Saya terpaksa mengeringkan kot saya dengan menggunakan “Hans dryer” dalam tandas supaya saya tidak sakit kerana kesejukan.




