Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen: MOTAC Umum Pecahan Pelawat Asing Januari-Mei 2025 & Sasaran VM2026

Posted on Monday, 21-07-2025 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan:

a. pecahan pelancong asing (mengikut negara) ke Malaysia daripada Januari hingga Jun 2025 berbanding dengan pecahan pelancong asing (mengikut negara) pada tempoh yang sama bagi tahun 2024

b. unjuran pecahan pelancong asing (mengikut negara) dalam Tahun Melawat Malaysia 2026.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Malaysia telah merekodkan peningkatan ketibaan pelawat asing bagi tempoh Januari hingga Mei 2025 sebanyak 20.4%, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 16.94 juta orang pelawat asing, berbanding 14.07 juta pelawat asing bagi tempoh yang sama pada tahun 2024.

2. Lima pasaran yang mencatatkan ketibaan pelawat tertinggi adalah Singapura yang merupakan penyumbang terbesar dengan 8.34 juta pelawat, meningkat sebanyak 26.5% berbanding tahun sebelumnya. Indonesia berada di kedudukan kedua dengan 1.82 juta pelawat dengan peningkatan 10.3%, diikuti oleh China dengan 1.81 juta pelawat, yang mencatatkan peratus pertumbuhan tertinggi sebanyak 38.8%. Thailand mencatatkan 1.06 juta pelawat dengan peningkatan 5.2%, seterusnya India dengan ketibaan 664,811 pelawat, meningkat sebanyak 32.0%, mencerminkan pemulihan kukuh dari pasaran ini.

3. Selain itu, ketibaan pelawat asing dari pasaran jarak jauh juga menunjukkan prestasi yang sangat baik dimana, Australia dan United Kingdom masing-masing meningkat sebanyak 16.6% dan 8.7%, dengan jumlah ketibaan sebanyak 198,968 dan 185,197 pelawat asing.

4. Peningkatan jumlah pelawat asing ini, jelas mencerminkan keberkesanan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui pendekatan strategik, dasar progresif seperti Pelan Liberalisasi Visa (PLV), pemberian sokongan serta insentif kepada pemain industri, dan pelaksanaan kempen promosi berimpak tinggi termasuk promosi digital, kerjasama strategik dengan platform dalam talian dan syarikat penerbangan.

5. Usaha bersepadu ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini, malah turut menyediakan asas yang kukuh ke arah merealisasikan matlamat Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) secara mampan, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.

6. Sehubungan itu, Kementerian ini menyasarkan ketibaan seramai 47 juta pelawat asing pada tahun 2026, dengan memberi tumpuan khusus kepada pasaran utama yang menunjukkan potensi pertumbuhan yang tinggi. Antara pasaran tumpuan termasuklah Asia Tengah, Timur Tengah, ASEAN, Eropah dan Oceania.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme