Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Mesyuarat Berhubung Permohonan Pemasangan Meter Pukal Berasingan untuk Blok F, Iris Apartment, Taman Abadi Indah

Posted on Saturday, 14-06-2025Monday, 30-06-2025 by Editorial Team

Semalam, saya menghadiri mesyuarat berhubung permohonan pemasangan meter pukal berasingan untuk Blok F, Iris Apartment, Taman Abadi Indah di ibupejabat Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) di Cyberjaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Sobri, Pengarah Eksekutif SPAN) dan dihadiri oleh wakil daripada Air Selangor dan Badan Pengurusan Blok F Iris Apartment.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan cara penyelesaian terhadap masalah pemotongan air yang dihadapi oleh penduduk Blok F disebabkan tunggakan air oleh Blok A, B, C, D & E.

Pada akhir mesyuarat, dua cara penyelesaian dicapai, iaitu:-

Samada:
1. Badan Pengurusan Blok F perlu melantik konsultan yang berdaftar dengan SPAN untuk meluluskan pemasangan paip. Tetapi kos perkhidmatan perundingan adalah terlalu tinggi yang luar daripada kemampuan penduduk.

2. Badan Pengurusan Blok F membuat surat Aku Janji (“Disclamer”) dengan Air Selangor untuk memasang meter air tanpa sijil perundingan. Jadi, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, badan pengurusan Blok F perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya.

Namun, cadangan ini perlu dibawa ke pengurusan tertinggi (Board Meeting) SPAN untuk kelulusan.

Saya berharap pihak atasan SPAN dapat membantu penduduk di Blok F Iris Apartment untuk menyelesaikan masalah mereka.

Saya juga berharap penduduk di blok-blok lain dapat bayar bil air bulanan mereka untuk mengelakkan pemotongan air daripada berlaku lagi.

#SPAN
#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh
#irisapartment

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme