Semarak Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kawasan Seputeh
Tahukah anda bahawa hari ini merupakan Hari Belia Negara?
YB Teresa Kok telah dijemput untuk merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL), Jalan Kuchai Lama.
Tema sambutan pada tahun ini ialah “Yakin Boleh”. Dalam ucapan perasmian, YB menekankan kepentingan Undi 18 agar para pelajar memahami bahawa mereka mempunyai hak untuk mengundi dan mengapa ia penting dalam sistem demokrasi negara.
Beliau turut menjemput para pelajar menyertai lawatan ke Parlimen bagi mendalami pemahaman mengenai sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Majlis turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah yang mendapat sambutan hangat daripada para pelajar ILPKL. Keterujaan jelas terpancar apabila keputusan cabutan diumumkan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Seputeh yang telah menyumbangkan hadiah utama tempat pertama hingga ketiga yang sangat menarik. (Tajaan oleh Dynamex – Encik Sivam).
Selamat Hari Belia Negara kepada semua!
(Untuk makluman, had umur bagi definisi “belia” akan diturunkan daripada bawah 40 tahun kepada bawah 30 tahun selaras dengan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2019.)