Hari ini saya hadir sidang parlimen khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia.
Memang gembira dapat berjumpa dengan ahli-ahli berhormat di Dewan Rakyat.
Saya juga gembira bertemu dengan mantan SUSK saya, Dr Christina Yeo di bilik mesyuarat BBC. Beliau sekarang berkhidmat di Kementerian Pelancongan.
Beliau adalah penjawat awam yang rajin dan efisien dan banyak membantu saya bila pegang jawatan Menteri Industri Utama.