Semalam, saya melawat Nurul Dahyatul yang baru sahaja selesai menjalani pemasangan Tissue Expander di Hospital Kuala Lumpur.
Nurul merupakan mangsa simbah asid kira-kira 15 tahun yang lalu.
Prosedur pemasangan tissue expander yang dijalankan oleh Dr Koh Khai Luen ini bertujuan untuk menstruktur semula hidungnya yang terbakar akibat asid.
Prosedur ini akan mengambil masa 2 hingga 3 bulan sebelum pembedahan untuk menstruktur semula hidung dijalankan.
Terima kasih kepada Dr Koh Khai Luen dan semua staf sokongan yang memberi perkhidmatan kepada pesakit walaupun semalam adalah Hari Pekerja, cuti umum.