Pada 21 April 2025, saya mengadakan lawatan tapak ke rumah di Jalan Jiran 12 di Taman Gembira yang mengalami limpahan lumpur di belakang rumahnya pada 13 April akibat kerja pembinaan.
Lawatan saya adalah bersama Syazrul Nizam, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Infrastruktur DBKL (JPIF) & pegawai DBKL yang lain.
Kontraktor yang menjalankan pembinaan di belakang rumah mangsa telahpun membina longkang untuk mencegah limpahan lumpur berterusan.
Saya meminta DBKL membenarkan kontraktor untuk memanjangkan waktu kerja sehingga 10 malam daripada Isnin hingga Ahad selama 3 bulan dengan tujuan menyiapkan longkang dengan secepat mungkin.
Diharap masalah limpahan lumpur dapat diselesaikan secepat mungkin.