Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

YB Teresa Kok Menziarahi Mangsa Bencana Ribut Taufan di Pangsapuri Kos Rendah Teratak Muhibbah 2 Taman Desa (7 April 2025)

Posted on Monday, 07-04-2025Wednesday, 09-04-2025 by Editorial Team

Semalam, saya menziarahi mangsa ribut taufan di Pangsapuri Kos Rendah Teratak Muhibbah 2 di Taman Desa.

Saya sempat berbincang dengan wakil mangsa, Pengarah dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Pengurus Cawangan DBKL Seputeh, pemimpin Persatuan Penduduk Taman Desa (TDRA) dan lain-lain.

Saya telah menulis surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk meminta DBKL mencari unit kosong di pangsapuri tersebut kepada mangsa ribut taufan.

Namun, Datuk Bandar juga memaklumkan kepada saya bahawa terdapat penghuni unit yang terlibat mempunyai tunggakan sewa rumah. Jumlah hutang sewa bagi 5 unit rumah ini adalah RM23,154.

Sekiranya hutang sewa mereka tidak dijelaskan, mereka tidak dibenarkan berpindah ke unit kosong yang baharu.

Saya bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM3 ribu kepada setiap unit rumah mangsa ribut taufan berkenaan.

Saya juga akan menanggung kos deposit bekalan elektrik dan air di unit baharu mereka, dengan syarat mereka mesti menjelaskan semua hutang sewa dengan DBKL.

Pusat khidmat saya telah membiayai kos makanan semua mangsa ribut taufan dan petugas sejak 4 April 2025. Mulai semalam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil alih bekalan makanan tersebut.

Saya akan terus menyusuli isu pemindahan rumah mangsa-mangsa tersebut.

Semoga kesemua mangsa dapat berpindah ke unit rumah baharu dalam minggu ini.




About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme