Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kerajaan diminta mengembalikan tanah rezab Polis Lot 54780 di Taman Danau Desa kepada KDN untuk membina Balai Polis

Posted on Wednesday, 04-12-2024 by Editorial Team

Kerajaan diminta mengembalikan tanah rezab Polis Lot 54780 di Taman Danau Desa kepada KDN untuk membina Balai Polis
==================================

Saya minta kerajaan mengembalikan tanah rezab Polis Lot 54780 di Taman Danau Desa kepada KDN untuk membina Balai Polis memandangkan terdapat peningkatan penduduk yang pesat di Taman Desa.

Dalam mesyuarat konsultasi di antara Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ahli Parlimen Kuala Lumpur, saya terima jawapan bertulis bahawa Mesyuarat JKTWPKL bertarikh 27 Jun 2024 bersetuju meluluskan permohonan pemberimilikan tanah rezab polis kepada syarikat Sinar Mantap Sdn Bhd di Lot 54780 yang seluas 0.86 ekar di Taman Desa untuk mendirikan kondominium.

Jawapan yang diterima daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Parlimen menyatakan KDN dan PDRM tidak setuju tanah rezab Polis Lot 54780 dijual kepada pihak swasta kerana KDN mempunyai rancangan untuk membangunkan Balai Polis Brickfields di lot tersebut kerana Balai Polis Brickfields sedia ada sedang beroperasi di bangunan sewaan milik premis swasta. Pihak KDN juga telah membuat bayaran Notis 5A kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WPKL pada 3 Ogos 2023.

Berdasarkan jawapan Parlimen, KDN pernah tulis surat bertarikh 3 April 2024 kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dengan menyatakan KDN dan PDRM tidak bersetuju dengan cadangan pembatalan Lot 54780. KDN juga tolak cadangan penggantian 2 tanah Lot 51762 dan Lot 51763 untuk digunakan sebagai tapak Balai Polis Danau Desa kerana keluasan tanahnya yang kecil iaitu hanya 0.14 ekar.

Saya tidak faham kenapakah DBKL dan PTGWPKL masih meluluskan pemberimilikan Lot 54780 kepada pemaju untuk mendirikan kondominium memandangkan pihak KDN dan PDRM telah menyuarakan keinginan mereka untuk mendirikan Balai Polis di lot tersebut?

Di Taman Desa, sejak tahun 2018 sehingga kini, terdapat 10 projek pembangunan perumahan yang mempunyai 8,229 unit yang telah diluluskan dan kebanyakan projek akan siap dibina dalam 3-5 tahun akan datang.

Sekiranya setiap unit didiami oleh 4 orang, ini bermaksud pertambahan penduduk di Taman Desa adalah 33,196 orang dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

Mengikut laporan DOSM, setakat tahun 2020, jumlah penduduk di Taman Desa ialah 36,029 orang (Lelaki: 18,168; Perempuan: 17,861). Berdasarkan laporan ini dan jumlah projek pembinaan perumahan yang baru, jumlah penduduk dijangka akan mencecah 70,000 orang dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

Pertambahan penduduk ini menguatkan lagi keperluan pembinaan Balai Polis yang lebih besar di Taman Desa demi menjaga keselamatan penduduk setempat.

Memandangkan transaksi penjualan tanah rezab Polis Lot 54780 tidak dipersetujui oleh KDN dan PDRM dan peningkatan penduduk yang semakin pesat di Taman Desa perlu lebih anggota polis dan balai polis yang besar untuk menjaga keselamatan penduduk setempat, saya minta kerajaan bantu untuk mengembalikan tanah rezab Polis Lot 54780 agar Balai Polis yang baru dapat dibina.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme