Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu
Posted on Monday, 18-11-2024Thursday, 21-11-2024 by Editorial Team

Dalam ucapan perbahasan bajet 2025 di Dewan Rakyat, saya bangkitkan soalan “Apakah pelan-pelan reformasi yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Imigresen untuk untuk menangani masalah integriti di kalangan penguatkuasa Imigresen?”

Jawapan yang saya terima daripada KDN hari ini adalah seperti berikut 👇

JAWAPAN:-

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius isu integriti khususnya dalam kalangan penguatkuasa termasuk penguatkuasa Imigresen. Sehubungan itu, KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran dan mencegah isu ini dari berlaku. Antara usaha yang dilaksanakan dalam menangani masalah integriti pegawai antaranya melalui reformasi terhadap peraturan/SOP dan mekanisme kawalan seperti berikut:

i) Membanteras sindiket membawa warga asing dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain;

ii) Memperketatkan pemeriksaan di kaunter-kaunter pintu masuk bagi memastikan mereka yang memasuki negara ini adalah untuk tujuan-tujuan yang dibenarkan;

iii) Perolehan Sistem Saringan Awal Penumpang (Advance Passenger Screening System – APSS) bagi saringan awal pelawat-pelawat sebelum melakukan perjalanan ke Malaysia;

iv) Perolehan untuk menaik taraf kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi visual dan audio di kaunter pemeriksaan bagi memperkukuhkan kawalan di pintu masuk;

v) Pemantauan penggunaan alat telekomunikasi petugas dengan mewajibkan pemeriksaan badan setiap kali pegawai hendak memulakan dan tamat dari tugas. Penyelia akan sentiasa membuat lawatan mengejut ke kaunter-kaunter pegawai dan turut memantau aktiviti pegawai bertugas di kaunter melalui CCTV di bilik kawalan; dan

vi) Mewujudkan pasukan khas untuk membuat rondaan di terminal-terminal ketibaan dan selepas keluar dari kaunter pemeriksaan dan membuat pemeriksaan kepada pengembara-pengembara yang dilihat mencurigakan.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme