Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Kerajaan Berkenaan Penjualan Tanah Rezab Balai Polis di Lot 57480 di Taman Desa KL” (23 Oktober 2024)

Posted on Thursday, 14-11-2024Monday, 18-11-2024 by Editorial Team

Jawapan Kerajaan Berkenaan Penjualan Tanah Rezab Balai Polis di Lot 57480 di Taman Desa KL” (23 Oktober 2024)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berkenaan pertanyaan Yang Berhormat Seputeh berhubung status tanah Kerajaan di Taman Desa, Kuala Lumpur yang dikatakan telah dijual kepada pihak ketiga. Tanah yang dimaksudkan adalah tanah di Lot 57480 Mukim Kuala Lumpur. Tanah ini merupakan tanah Kerajaan yang dikhaskan untuk simpanan balai polis. Perkara ini juga adalah selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020) dan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (Draf PTKL 2040) iaitu Lot 54780 di Taman Desa adalah dizonkan sebagai Kemudahan Awam (PF) untuk Keselamatan & Kecemasan (Balai Polis).

2. Berkaitan perkara pemberimilikan / penjualan tanah kepada pihak swasta, ianya adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKTWPKL).

3. Berdasarkan mesyuarat JKTWPKL yang ke-766/2024 bertarikh 5 April 2024, mesyuarat memandangkan bersetuju tanah tersebut telah melebihi 5 tahun tanpa sebarang pembangunan Kerajaan di atas, hala tuju selanjutnya tanah berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan dan Kegunaan Tanah Persekutuan (JKPKTP) (urusetia jawatankuasa mesyuarat ialah Kementerian Ekonomi dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara) akan datang untuk diputuskan hala tuju secara muktamad bagi memastikan Kerajaan akan mendapatkan hasil pulangan yang lebih optimum.

4. Walau bagaimanapun, mesyuarat JKTWPKL yang ke- 767/2024 pada 27 Jun 2024 telah mengambil makluman Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bahawa tanah tersebut masih belum diberimilik Pesuruhjaya kepada Tanah Persekutuan. Oleh itu, hala tuju tanah tersebut tidak perlu dibawa ke Jawatankuasa Pembangunan Kegunaan Persekutuan Mesyuarat Khas dan Tanah (JKPKTP). Pihak Berkuasa Negeri berhak untuk menentukan sama ada permohonan pemberimilikan tersebut boleh dipertimbangkan atau tidak dipertimbangkan.

5. Oleh itu, status terkini tanah Lot 54780, Taman Danau Desa, Mukim Kuala Lumpur ialah diluluskan pemberikan hak milik sementara kepada pihak ketiga bermula 27 Ogos 2024 keputusan selaras dengan mesyuarat JKTWPKL yang ke-767/2024 pada 27 Jun 2024.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme