Dua hari yang lepas, sebelum Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat diadakan, saya bertaruh dengan YB Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) bahawa Kamala Harris akan menang menjadi presiden, manakala YB Sim jangka Donald Trump akan menang. Pihak yang kalah harus membelanjakan ayam goreng kepada semua anggota Public Accounts Committee (PAC) di Parlimen.
Sedihnya, jangkaan saya kalah.
Hari ini saya tunaikan janji saya dan belanja ayam goreng Marrybrown kepada semua anggota PAC dan juga staf PAC. Saya beli ayam dari restoran tempatan, sebagai tanda menyokong restoran Malaysia. 😅
#teresakok
#PAC Malaysia