Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Lawatan Rasmi ke POIC (Palm Oil Industrial Cluster) di Lahad Datu (PAC Parlimen)

Posted on Tuesday, 08-10-2024Monday, 21-10-2024 by Editorial Team
Saya bersama beberapa ahli parlimen dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi (JPMKE) mengadakan lawatan rasmi di Lahad Datu dan kemudian ke Nusantara di Kalimantan.

Semalam, selepas rombongan kami tiba di lapangan terbang Tawau pada 10 pagi, kami pun dibawa pergi ke Lahad Datu.

Kami melawat POIC (Palm Oil Industrial Cluster) Lahad Datu dan disambut oleh pengerusi YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Timbalan CEO, Puan Lynette Hoo.

Saya pernah melawat POIC bila saya pegang jawatan Menteri Industri Utama.

POIC dimiliki oleh kerajaan Sabah. Ia adalah taman perindustrian dan pelabuhan yang ditubuhkan untuk menjalankan pemerosesan minyak sawit hiliran di bahagian Timur Sabah (Sabah Development Corridor).

Yong Teck Lee dan Lynette Hoo memberi taklimat tentang usaha mereka untuk membangunkan POIC dan menerangkan cabaran yang dihadapi oleh mereka.

Salah satu cabaran POIC adalah Lahad Datu dilihat sebagai tempat yang berisiko tinggi kerana penculikan yang pernah berlaku di pantai timur Sabah tersebut.

Ini menyebabkan banyak kapal besar asing enggan bersinggah di pelabuhan tersebut kerana persepsi negatif tersebut.

Lynette Hoo berkata persepsi negatif tersebut telah semakin kurang kerana usaha yang dilakukan oleh pasukan Esscom di perairan pantai timur Sabah. Sekarang pelancong asing di pantai timur telah semakin meningkat.

Saya berharap POIC akan berjaya mencapai matlamatnya untuk menjadi pelabuhan dan taman perindustrian yang strategik di Sabah Timur pada masa akan datang.
#teresakok
#poic

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme