Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

YB Teresa Kok Memberi kenyataan di Bukit Aman (10 September 2024)

Posted on Tuesday, 10-09-2024Thursday, 12-09-2024 by Editorial Team

Pagi ini saya telah memberi kenyataan kepada Inspektor Nasir di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.

Saya diberitahu USJT adalah unit yang menyiasat kes kes berkaitan dengan 3R. Ini kali pertama saya disiasat di bawah unit ini.

Saya disiasat di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan (kesalahan menyebabkan permusuhan atas alasan agama); seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan kegentaran awam); & seksyen 233 Akta Komunikasi Multi Media (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian).

Proses pengambilan keterangan dijalankan secara lancar dengan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam.

Saya diiringi oleh dua peguam pada waktu pemberian keterangan, iaitu YB Syahredzan dan YB Ram Karpal.

Saya amat berterima kasih kepada semua pemimpin DAP yang datang dari jauh dan dekat untuk memberi sokongan kepada saya, khususnya YB Lim Guan Eng dan YB Ram Karpal yang datang dari Pulau Pinang pada awal pagi ini.

Terima kasih juga kepada pemimpin dan ahli-ahli DAP lain yang datang memberi sokongan walaupun pada waktu hujan lebat.

Semoga kesemua salah-faham tentang kenyataan saya berkenaan pensijilan halal yang telah diperjelaskan dapat tenangkan keadaan.

#teresakok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme