Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Surat Terbuka daripada Persatuan-Persatuan di Taman Desa kepada PMX

Posted on Friday, 30-08-2024Friday, 30-08-2024 by Editorial Team

Kepada:
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
62502 Putrajaya.

YAB Dato’ Seri,

Minta Kerajaan Mengkaji Semula Dasar Projek Pembangunan Yang Berkepadatan Tinggi di Kuala Lumpur dan Menambahbaik Kemudahan Bagi Penduduk di Taman Desa,Yang Merupakan Mangsa Pembangunan Berlebihan

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami, persatuan-persatuan penduduk di Taman Desa ingin menyampaikan ketidakpuasan kami terhadap pembangunan yang berlebihan yang telah menambah kesesakan trafik dan merosakkan keindahan di sekitar taman kediaman kami.

Kami pernah menyuarakan bantahan kami kepada DBKL, dan juga melalui wakil rakyat kami, YB Teresa Kok, tetapi bantahan kami tidak diambil serius oleh pihak kerajaan. Sebaliknya, lebih banyak projek kondominium yang berkepadatan tinggi didirikan di Taman Desa pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Sehubungan dengan itu, kami juga amat bimbang dengan projek perumahan dengan nisbah plot yang terlampau tinggi yang akan dibina oleh Mah Sing Group di Taman Desa akan memburukkan lagi keadaan kami sekarang.

3. Kami amat berharap dapat berjumpa dengan YAB dalam majlis pecah tanah projek perumahan Mah Sing tetapi kesalnya kami tidak diberi jemputan.

Justeru, kami ingin minta YAB untuk mengambil tindakan terhadap rayuan kami berikut:
i) Menghentikan kelulusan segala projek pembangunan (komersial dan kediaman) yang berkepadatan tinggi di Taman Desa;

ii) Mengarahkan DBKL dan agensi-agensi berkaitan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan seperti jalan, parit-longkang, pejalan kaki dan taman rekreasi di Taman Desa;

iii) Menyediakan lebih bangunan dan kemudahan sekolah di Taman Desa untuk menampung keperluan pertambahan penduduk;

iv) Menambah ketersambungan (connectivity) jalan dan pengangkutan awam ke Taman Desa;

v) Mengarahkan Jabatan Pengaliran Sungai (JPS) untuk menyelenggara kolam takungan banjir di Taman Desa dan menunaikan janji kerajaan untuk menjadikan persekitaran kolam tersebut sebagai taman rekreasi.

 

Segala kerjasama dan bantuan YAB terhadap permintaan kami adalah amat dihargai.

Yang benar,
Persatuan-persatuan penduduk/JMB/MC di Taman Desa


About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme