Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

PMX diminta menambahbaikkan kemudahan masyarakat di Taman Desa

Posted on Friday, 30-08-2024Friday, 30-08-2024 by Editorial Team

Kepada
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato’ Seri,

Permohonan Menambahbaik Kemudahan Bagi Masyarakat di Taman Desa

Salam Madani dan Salam Perpaduan

Saya mengalu-alukan lawatan YAB Dato’ Seri ke Taman Desa di kawasan Parlimen Seputeh untuk melancarkan Residensi Madani yang dibina oleh pemaju Mah Sing Group.

1. Taman Desa telah berubah daripada satu kawasan kediaman yang berkepadatan rendah dan sunyi kepada kawasan yang penuh sesak disebabkan munculnya projek-projek pembangunan kediaman yang berkepadatan tinggi dalam 10 tahun yang lepas.

Untuk makluman YAB, sejak tahun 2018 sehingga kini, terdapat 10 projek pembangunan perumahan telah didirikan. Antara projek-projek yang telah siap dibina, sedang dibina dan akan dibina adalah seperti berikut:

Sekiranya kita menambah projek pembangunan Mah Sing Group di Lot
52959 di Taman Desa yang diberi nisbah plot 1:9 yang merangkumi 1,612 unit pangsapuri servis dan 800 unit Residensi Madani, jumlah unit rumah akan meningkat kepada 8,299 unit.

Sekiranya setiap unit rumah tersebut didiami oleh 4 orang, ini bermaksud pertambahan penduduk di Taman Desa adalah 33,196.

2. Mengikut Banci penduduk dan perumahan Malaysia 2020 yang diperolehi daripada DOSM, jumlah penduduk di Taman Desa ialah 36,029 (Lelaki: 18,168; Perempuan: 17,861), dengan pertambahan penduduk melalui projek pembangunan yang baru, jumlah penduduk akan mencecah 69,255 orang di Taman Desa dalam beberapa tahun yang akan datang.

3. Mengikut Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh PLANMALAYSIA di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan pada tahun 2022, kemudahan-kemudahan yang diperlukan di Taman Desa mengikut pertambahan penduduk tersebut adalah:

(i) Keperluan Kemudahan Pendidikan:

Anggaran Keperluan Pertambahan Bilik Darjah dalam Sekolah Bagi Pertambahan 33,196 Orang Penduduk:

Tadahan Penduduk Bilangan Bilik Darjah (BD)
Pra Sekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah
7,500 3 (BD) 36 (BD) 36 (BD)
30,000 12 (BD) 144 (BD) 144 (BD)


(Sumber: Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat, m/s 24, 26 dan 29)

Terdapat 2 buah sekolah rendah kebangsaan dan 2 buah sekolah menengah kebangsaan di Taman Desa. Dengan pertambahan penduduk sebanyak 33,196 orang, kerajaan seharusnya menambah 144 (BD) di sekolah rendah dan 144 (BD) sekolah menengah sedia ada mengikut Garispanduan yang ditetapkan oleh PLANMALAYSIA, untuk memenuhi keperluan penduduk, kerana tiada lagi tanah pendidikan yang kosong di Taman Desa.

(ii) Keperluan Kemudahan Kesihatan:

Mengikut mukasurat 53 Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat, bagi kawasan yang mempunyai tadahan penduduk 50,001 – 80,000 orang dalam radius 5 – 10km, kerajaan harus membina klinik kesihatan yang mempunyai keluasan lantai bangunan (GFA) 5,000 – 7,000 meter persegi.

(Sumber: Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat, m/s 53)

Tiada klinik kesihatan kerajaan di Taman Desa.

Kerajaan diminta menubuhkan satu klinik kesihatan kerajaan bagi memenuhi keperluan golongan masyarakat yang akan menetap di Residensi MADANI dan rumah pangsa kos rendah sedia ada di Taman Desa (Rumah Pangsa Sri Lempah, Pangsapuri Teratak Muhibbah dan Rumah Pangsa Iris).

(iii) Keperluan Kemudahan Keselamatan Polis:

Mukasurat 63 dalam Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat berbunyi “Balai Polis Kategori B (kawasan bandar) didirikan di setiap pusat petempatan /perumahan utama /lingkungan bandaraya/pinggiran Bandar utama dengan penduduk melebihi 40,000 orang”.


(Sumber: Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat, m/s 63)

Kini, hanya terdapat sebuah pondok polis di Taman Desa.

Saya pernah berucap di Parlimen tentang keperluan balai polis di Taman Desa dan saya pernah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri untuk memohon pembinaan balai polis di Lot 54780 (tanah yang diwartakan untuk balai polis) pada tahun 2023. Kesalnya, tiada maklum balas daripada kerajaan terhadap permohonan ini.

Justeru, saya ingin merayu YAB Dato’ Seri meluluskan permohonan pembinaan Balai Polis Kategori B (kawasan Bandar) di Taman Desa.

(iv) Keperluan Kemudahan Pusat Komuniti:

Mengikut M/S 94 dalam Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat, Kompleks Komuniti Jenis 1 (Keluasan Tapak: 0.25 – 0.49 ekar) haruslah didirikan bagi tadahan penduduk 10,001 – 15,000 dengan maksimum 4 tingkat.

(Sumber: Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat, m/s 94)

Kini, hanya terdapat satu dewan kecil dengan keluasan 0.25 ekar di Taman Desa sahaja.

Saya pernah memohon kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di JPM untuk membina satu dewan masyarakat di Taman Desa pada tahun 2022, tetapi tiada maklum balas terhadap permohonan ini. (surat permohonan dilampirkan)


(Surat permohonan YB Teresa Kok)

Justeru, saya ingin merayu YAB Dato’ Seri meluluskan permohonan pembinaan dewan masyarakat mengikut spesifikasi yang termaktub dalam PLANMALAYSIA di Taman Desa.

4. Projek perumahan yang berlebihan di Taman Desa telah menjadikan kawasan kediaman yang aman dan sunyi ini sebagai “hutan konkrit” (concrete jungle) yang sangat sesak. Di samping itu, banyak jalan tidak diturap, parit-longkang dan taman rekreasi juga tidak dinaiktaraf walaupun telah banyak kali dipohon oleh persatuan penduduk dan saya,

Saya juga memohon kerajaan untuk mewujudkan satu jejantas bagi penduduk di tapak projek Residensi Madani ke Stesyen MRT Kuchai Lama dengan basikal ataupun berjalan kaki untuk memudahkan penduduk di Taman Desa untuk menggunakan pengangkutan awam.

Saya menyeru YAB Dato’ Seri mengarahkan DBKL untuk memberi lebih peruntukan untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan tersebut di Taman Desa dengan menggunakan caj pembangunan yang dibayar oleh para pemaju projek pembangunan di Taman Desa.

Sebagai wakil rakyat, saya mengalu-alukan usaha YAB Dato’ Seri untuk meluluskan lebih perumahan MADANI demi memenuhi keperluan orang muda dan golongan masyarakat yang kurang berada untuk memiliki rumah.

Tetapi, pertambahan penduduk haruslah diiringi dengan pertambahan dan penaiktarafan kemudahan bagi penduduk setempat untuk memastikan wujudnya pembangunan yang mampan.

Justeru, saya memohon YAB Dato’ Seri untuk memasukkan semua permintaan saya yang berdasarkan Garis panduan PLANMalaysia dalam Belanjawan Persekutuan 2025.

Segala bantuan daripada YAB PM kepada penduduk di Taman Desa adalah amat dihargai dan didahului terima kasih.

 

Yang benar,

Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme