Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Karnival Rakyat 2009

Posted on Sunday, 22-03-2009 by

Ucapan saya di Majlis Kemuncak Satu Tahun Kerajaan Baharu Selangor di Stadium Melawati di Shah Alam Pada 22 Mac 2009

Yang saya hormati, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor,

Yang saya hormati, YB Dato’ Hassan bin Mohamed Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor,

Yang saya hormati YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen,

Yang saya hormati YB Teng Chang Khim, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor,

YB Dato’ Ramli bin Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,

Ahli-ahli exco Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN Selangor,

Salam sejahtera dan selamat malam kepada semua warga Malaysia, khususnya anak-anak Selangor yang telah memberi sokongan padu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Saya berdiri di sini dengan perasaan yang amat terharu. Saya bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada saudara-saudari yang telah memberi mandat kepada kami dalam Pilihan Raya pada tahun yang lepas, sehingga kami mencatatkan sejarah dan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir Negeri Selangor.

Dalam satu tahun yang lepas, seperti apa yang dicatatkan dalam “report card” yang diedarkan kepada semua dan sebagaimana yang disaksikan oleh saudara-saudari, YAB Dato’ Menteri Besar dan para exco dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah bertungkus lumus untuk cuba membawa pembaharuan melalui siri dasar dan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang memanfaatkan rakyat, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Namun, kesalnya, kesemua dasar pembaharuan ini bukan sahaja tidak dilaporkan dengan adil dan bernas oleh sesetengah media arus perdana, tetapi sebaliknya, YAB Dato’ Menteri Besar dan para exco telahpun dilemparkan pelbagai tuduhan jahat dalam sesetengah media arus perdana yang dikuasai oleh parti lawan kita. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini telah banyak menggunakan isu perkauman dan isu agama untuk cuba memecah-belahkan hubungan di antara komponen parti Pakatan Rakyat, selain daripada memutar-belitkan fakta kami, mereka juga telah menggunakan pelbagai taktik kotor dan malah memperalatkan agensi kerajaan untuk menggagalkan usaha kami serta mencaci imej kami. Ini jelas dibukti dalam penahanan ISA terhadap saya, pendakwaan ke atas YB Ronnie Liu, pencabulan ruang keperibadian dan politik durjana ke atas YB Elizabeth Wong dan tohmahan ke atas YAB Tan Sri Khalid atas isu penggunaan kereta sendiri dan pendermaan lembu kepada masjid.

Memanglah tidak mudah bagi kami untuk menghadapi kesemua serangan dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh parti lawan kita, tetapi kesemua komplot ini sebenarnya telah mengeratkan lagi hubungan di antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan ini, saya ingin nyatakan, hakitkatnya, serangan-serangan ini menjadikan kami semakin hari semakin sayang. Serangan oleh parti lawan kita juga secara tidak langsung menguatkan ketabahan kami untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajiban kami di negeri ini dengan lebih jujur dan telus.

Saudara-saudari yang saya hormati, pada tahun lalu, Negeri selangor telah menarik pelaburan dari segi perindustrian dan pembuatan sebanyak RM11.87 bilion. Ini adalah angka yang terbaik sejak 9 tahun yang lalu. Daripada jumlah ini, RM6.3 bilion adalah dari 202 projek baru di Selangor yang telah kami usahakan sejak tahun lalu manakala RM5.5 bilion dari projek-projek yang dikembangkan. Kesemua pelaburan ini telah menghasilkan hampir 30,000 pekerjaan bagi penduduk di Selangor.

Angka ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya menarik pelaburan luar dan dalam negeri, dan pertukaran kerajaan di Selangor pada tahun yang lepas sebenarnya telah menguatkan lagi keyakinan para pelabur untuk menaruh pelaburan mereka di Selangor.

Saudara-saudari yang saya hormati, kemelesetan ekonomi dunia telahpun melandai negara kita, termasuknya Selangor. Adalah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia dan anak-anak Selangor untuk berjimat-cermat dan bekerjasama untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi kita. Saya ingin menyeru pihak politik lawan kita untuk menghentikan segala serangan yang tidak “gentleman” dan “below belt’ mereka, dan henti memainkan isu perkauman dan isu agama yang merosakkan perpaduan kaum. Para pemimpin Pakatan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan bahawa kami sanggup bekerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan dalam usaha menambahbaikkan ekonomi negara kita, dan saya ingin mengulangi seruan ini pada malam ini.

Saudara-saudari yang saya hormati, pentadbiran kita di Selangor telahpun membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS dapat duduk bersama dan mampu membawa perubahan, dan siri dasar kerajaan Pakatan Rakyat juga telah mengeratkan hubungan di antara kaum di Malaysia.

Kami akan berpegang teguh di atas kepercayaan kepada amanat yang diberikan oleh rakyat kepada kami, dan kami berazam akan menjadikan Selangor sebagai negeri yang terbaik dan contoh di Malaysia.

Kata orang, kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – dan akhir sekali apa juga masalah atau faedah, kita berkongsi bersama. Dengan ini, saya sudahi dengan salam sejahtera dan semoga rakyat Negeri Selangor boleh terus berdiri teguh di sisi kerajaan Pakatan Rakyat, dan terus memberi sokongan padu kepada kami.

Sekian, terima kasih.

  • Functions
  • Selangor state govt
  • 1 thought on “Karnival Rakyat 2009”

    1. lee wee tak says:
      Sunday, 22-03-2009 at 21: 47.41

      salient points:

      1) while previously BN accused opposition of not having the experience to govern, BN has also proved that it does not have the experience of being the opposition

      2) DAP is a better opposition than UMNO and MCA

      3) DAP together with its Pakatan allies seems to administer the state well and their true capability is not to be seen until they have federal control as well as full co-operation of the bureau crates

      My verdict of PR after 1 year is, weakness expected, handicap known, deserve more power and more time to prove itself

    Comments are closed.

    About

    Teresa Kok

    About Teresa

    Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

    Learn More

    Recent Articles

    • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
    • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
    • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
    • (no title)
    • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
    • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
    • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
    • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
    • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
    • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
    • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
    • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
    • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
    • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
    • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

    Article Archives

    © 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme