Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi dan kemudahan yang lebih baik bagi pegawai polis dan anggota bomba yang berpangkat rendah supaya pendapatan mereka dapat memenuhi keperluan asas mereka dalam pekerjaan yang berisiko tinggi

Posted on Tuesday, 07-05-2024Wednesday, 19-06-2024 by Editorial Team
Cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi dan kemudahan yang lebih baik bagi pegawai polis dan anggota bomba yang berpangkat rendah supaya pendapatan mereka dapat memenuhi keperluan asas mereka dalam pekerjaan yang berisiko tinggi
======================================================================
Saya mengalu-alukan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei sempena Hari Pekerja.
Ini adalah kerana tiada semakan gaji penjawat awam sejak 13 tahun yang lepas. Saya pasti kenaikan gaji ini akan menjadi satu galakan kepada para penjawat awam. Di samping itu, ia juga merupakan penghargaan kepada sumbangan dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat umum.
Di sini, saya ingin memberi cadangan kepada kerajaan untuk memberi kadar kenaikan yang lebih tinggi kepada pegawai polis dan anggota bomba, khususnya pegawai polis dan anggota bomba yang berpangkat rendah.
Mengikut pengetahuan saya, gaji permulaan bagi pegawai polis kelulusan SPM hanyalah RM1,441. Selepas tambahan elaun, gaji bulanannya hanyalah RM2,000 lebih.
Pendapatan ini adalah terlalu rendah berbanding dengan pekerjaan yang lain, dan ia adalah tidak mencukupi bagi mereka yang bekerja di bandar besar, khususnya di Lembah Klang. Ia akan menjadi lebih susah bagi mereka yang telah berumahtangga.
Pendapatan yang rendah bagi pegawai polis berpangkat rendah adalah tidak setimpal dengan pekerjaan mereka yang terdedah kepada risiko keselamatan diri semasa mereka menjaga keselamatan masyarakat umum. Selain itu, mereka juga sentiasa terpaksa bekerja dalam waktu yang tidak tentu.
Begitu juga dengan pekerjaan anggota bomba. Gaji permulaan bagi pegawai bomba Gred KB19 yang berkelayakan SPM KB19: RM1,360. Anggota bomba juga sentiasa bekerja dalam waktu yang tidak tentu di samping sentiasa berkhidmat dalam keadaan yang bahaya bila menjalankan tugas penyelamatan.
Saya berharap cadangan saya akan diterima-pakai oleh kerajaan.
Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme