Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan Jumlah Doktor Kontrak yang telah meletakkan jawatan sejak tahun 2017 sehingga hari ini

Posted on Friday, 29-03-2024Friday, 05-04-2024 by Editorial Team

TARIKH : 26 MAC 2024 (SELASA)

TERESA KOK [SEPUTEH] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah doktor kontrak yang telah meletakkan jawatan sejak tahun 2017 sehingga hari ini. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah doktor kontrak dan kekurangan doktor di banyak hospital Kerajaan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan, pegawai perubatan lantikan kontrak yang telah meletak jawatan sejak tahun 2017 hingga 2023 adalah seramai 4,310 orang iaitu:
(a) 110 orang (1.8%) daripada 6,120 orang pada tahun 2017;
(b) 168 orang (1.52%) daripada 11,044 orang pada tahun 2018;
(c) 475 orang (2.76%) daripada 17,183 orang pada tahun 2019 ;
(d) 511 orang (2.29%) daripada 22,296 orang pada tahun 2020;
(e) 768 orang (2.92%) daripada 26,303 orang pada tahun 2021;
(f) 1,354 orang (4.58%) daripada 29,548 orang pada tahun 2022; dan
(g) 924 orang (2.82%) daripada 32,813 orang pada tahun 2023.

2. Bagi menangani isu doktor kontrak dan kekurangan doktor di banyak hospital Kerajaan, Kementerian Kesihatan melaksanakan pelbagai inisiatif, antaranya:
(a) menggalakkan graduan perubatan memohon untuk berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia sebaik sahaja menamatkan pengajian perubatan;
(b) memendekkan tempoh masa menawarkan penempatan program latihan siswazah perubatan daripada lebih daripada setahun kepada dua (2) bulan selepas menerima pemakluman daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
(c) menyediakan peluang kerjaya secara kontrak yang jelas iaitu: (i) hingga maksimum tujuh (7) tahun bagi pegawai yang tidak mengikuti pengajian perubatan supaya mereka dapat memperkayakan lagi pengalaman perubatan; atau (ii) hingga maksimum 11 tahun jika diluluskan pengajian kepakaran;
(d) selaras dengan keputusan Kerajaan pada 19 Januari 2022, Kementerian Kesihatan dipertimbangkan pewujudan 1,500 jawatan yang merangkumi jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi bagi tempoh tahun tiga (3) tahun iaitu tahun 2023 hingga tahun 2025;
(e) melaksanakan pelantikan tetap calon yang dikategorikan sebagai calon berjaya dan calon simpanan. Bagi tempoh 2019 hingga 2023, Kementerian Kesihatan telah diluluskan 9,822 pelantikan tetap. Bagi tempoh tahun 2024 hingga 2025 Kementerian Kesihatan mengunjurkan lebih 6,000 pelantikan pegawai perubatan secara tetap;
(f) melaksanakan arahan penempatan dua (2) bulan awal sebelum tarikh kuat kuasa bagi pertukaran antara negeri, dan arahan pertukaran satu (1) bulan awal bagi pertukaran dalam negeri;
(g) memperbaiki persekitaran kerja agar lebih kondusif dan menyediakan sistem MyHELP bagi melaporkan aduan buli terus kepada Unit Integriti Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan supaya insiden tersebut dapat disiasat segera; dan
(h) melaksanakan usaha menangani isu mal-distribusi seperti meneliti semula pelaksanaan hospital kluster, integrasi perkhidmatan hospital dengan klinik, memetakan perjawatan dan penempatan pegawai serta membuat pembaharuan sistem kerja supaya penyampaian perkhidmatan kesihatan menjadi lebih cekap dan berkesan.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme