Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan pembubaran Kementerian Wilayah Persekutuan

Posted on Thursday, 04-01-2024Monday, 08-01-2024 by Editorial Team
PUAN TERESA KOK [ SEPUTEH ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kos dan perbelanjaan yang dijimatkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembubaran Kementerian Wilayah Persekutuan. Apakah masalah yang dihadapi oleh Kerajaan selepas Kementerian Wilayah Persekutuan dibatalkan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembubaran Kementerian Wilayah Persekutuan disusuli dengan pewujudan Jabatan Wilayah Persekutuan telah memberi penjimatan kepada Kerajaan Persekutuan melalui pengurangan komitmen bayaran emolumen sebanyak RM2,358,912.61 juta setahun.

2. Kerajaan tidak menghadapi sebarang masalah operasi kesan daripada perubahan status Kementerian kepada Jabatan memandangkan Kerajaan telah meletakkan fungsi dan tanggungjawab menjaga kepentingan pembangunan dan kesejahteraan Wilayah Persekutuan di bawah YAB Perdana Menteri melalui Perintah Menteri-Menteri, Persekutuan 2023 PU(A) 27/2023 yang telah diwartakan pada 20 Januari 2023. Pengurusan Wilayah Persekutuan khususnya daripada aspek perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penetapan dasar, program dan aktiviti diteruskan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan yang diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme