Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Dapur Seputeh: PPR Kg. Muhibbah

Posted on Sunday, 15-10-2023Monday, 16-10-2023 by Editorial Team

Hari ini saya melawat Dapur Seputeh di Blok C, PPR Kg Muhibbah di kawasan Bukit Jalil. Ini adalah projek pemberian makanan tengahari percuma yang ditaja oleh Pusat Khidmat Parlimen Seputeh kepada penduduk yang perlu bantuan pada setiap Hari Ahad.

Makanan dimasak oleh beberapa penduduk wanita di PPR yang diketuai oleh Kak Maz dan Kak Ros dengan menggunakan dapur di Surau An Nur di PPR tersebut.

Setiap Ahad, mereka masak 30kg beras dan 20 ekor ayam, tetapi makanan ini kelihatan tidak cukup kerana semakin ramai penduduk datang mengambil makanan percuma.

Makanan sepatutnya diagihkan pada 12 tengahari, tetapi bila saya sampai pada 11.30 pagi, lebih 10 orang wanita, warga emas dan kanak-kanak telah beratur di depan dapur surau. Setiap Ahad, kami memberikan 300 pek makanan kepada penduduk.

Hari ini saya buat keputusan untuk tambah 10% makanan kepada penduduk yang minta makanan mulai Ahad depan. Saya memang bersimpati terhadap semakin ramai penduduk yang menghadapi tekanan kos sara hidup tinggi ini.

#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)
  • Lawatan Tapak Berkenaan Limpahan Air Lumpur ke rumah di Jalan Jiran 12, Taman Gembira (21 Apr 2025)
  • Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Jadi DAP Seputeh di Dewan Rukun Tetangga Taman Salak Selatan (18 April 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme