Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen 12 Oktober 2023 berkenaan lanjutan konsesi dengan Alam Flora

Posted on Friday, 13-10-2023 by Editorial Team

YB TERESA KOK [ SEPUTEH ] minta MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian akan melanjutkan konsesi dengan Alam Flora selepas konsesi berakhir pada tahun 2025. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk menambah baik pengutipan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Selaras dengan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menandatangani perjanjian konsesi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan syarikat konsesi Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) berkuat kuasa pada 1 September 2011 bagi tempoh 22 tahun bagi Wilayah Tengah dan Timur (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan negeri Pahang) iaitu sehingga tahun 2033.

Skop perkhidmatan syarikat konsesi AFSB adalah merangkumi perkhidmatan kutipan sisa pepejal isi rumah, sisa awam serta sebahagian sisa dari kawasan komersial. Selain itu, syarikat konsesi AFSB turut melaksanakan perkhidmatan pembersihan awam seperti pembersihan jalan, tempat awam, pantai awam, longkang awam, tandas awam dan pasar serta pemotongan rumput.

Dalam hal ini, memandangkan tempoh perjanjian konsesi masih lagi berbaki selama 10 tahun, hala tuju berkenaan perjanjian tersebut masih dalam pertimbangan di peringkat KPKT. Sekiranya terdapat cadangan untuk penyambungan perjanjian atau sebaliknya kelak, maka cadangan tersebut akan diangkat terlebih dahulu kepada Jemaah Menteri untuk persetujuan kerana sebarang hala tuju penswastaan seperti pelanjutan tempoh kontrak perjanjian atau pembaharuan kontrak dengan mana-mana syarikat konsesi adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jemaah Menteri.

Sepanjang tempoh perjanjian ini berkuat kuasa, pelbagai inisiatif telah diambil oleh KPKT dalam menambah baik perkhidmatan kutipan sisa pepejal di dalam negara antaranya dengan menambah baik prosedur perkhidmatan kutipan serta mewujudkan pekerja mahir dalam sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Bagi menambah baik prosedur perkhidmatan, pihak konsesi telah diminta untuk memastikan tong, jentera dan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi mengelak sebarang pencemaran berlaku ketika kutipan dilaksanakan.

Selain itu, Syarikat konsesi juga perlu mematuhi manual operasi yang telah diluluskan dan dikemas kini bagi tempoh setiap dua (2) tahun. Kegagalan syarikat konsesi mematuhi perkara–perkara yang telah ditetapkan boleh menyebabkan syarikat konsesi didenda dan pemotongan bayaran dibuat. Selain itu, KPKT melalui SWCorp sebagai agensi yang mengawal selia perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam telah mensasarkan seramai 10,000 orang pekerja dalam sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam untuk diiktiraf sebagai pekerja mahir menjelang tahun 2030.

Pusat Latihan Solid Waste Training Centre (SWTC) di bawah SWCorp telah ditubuhkan sejak tahun 2019 bagi mengendalikan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dalam pelbagai program merangkumi kutipan sisa pepejal, pembersihan awam dan operasi rawatan serta pelupusan sisa pepejal.

Secara keseluruhannya, Pusat Latihan SWTC telah melatih hampir 1,000 orang perintis yang berjaya terampil di dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pekerja-pekerja ini juga telah ditauliahkan sebagai pekerja mahir oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pelaksanaan sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia ini akan memberi implikasi positif melalui peningkatan kualiti perkhidmatan oleh pekerja-pekerja sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Perkara ini dicapai melalui pematuhan kerja berdasarkan standard yang ditetapkan agar ianya memenuhi ekspektasi rakyat.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme