Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Karnival Kuih Bulan Seputeh 2023

Posted on Monday, 02-10-2023Thursday, 12-10-2023 by Editorial Team

Pejabat Ahli Parlimen Seputeh dengan kerjasama MPPWP Zon Seputeh , DBKL dan Persatuan Penduduk OUG menganjurkan Karnival Kuih Bulan di Gelanggang Bola Keranjang OUG, Jalan Hujan Gerimis.

Terdapat 16 pasukan menyertai pertandingan tarian singa, pasukan “Kundang Dragon & Lion” memenangi “Piala YB Seputeh” dan tunai sebanyak RM3000.

Kami memberi baucer kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman di gerai-gerai yang disediakan.

Ramai pengunjung menyertai cabutan bertuah dan teka-teki. Pelbagai persembahan disediakan. Antaranya Wushu, tarian kipas, Tarian Zapin, gendang 24 musim, Tarian Muhibbah, Tarian Singa dan Naga dan Seni Menukar Muka. Murid sekolah Taman OUG menunjukkan bakat mereka dalam persembahan di pentas.

Turut hadir adalah YB Teresa Kok, PTTK Setiausaha Politik Perdana Menteri, Liew Chee Kwan, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor, Pengurus DBKL Cawangan Seputeh, dan wakil-wakil ahli parlimen.

Saya dan penduduk Taman OUG berjalan mengelilingi Taman OUG dengan membawa tanglung dan diikuti oleh rombongan tarian naga. Kami juga mengedarkan kuih bulan yang diperbuat daripada minyak sawit merah kepada pengunjung.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)
  • Lawatan Tapak Berkenaan Limpahan Air Lumpur ke rumah di Jalan Jiran 12, Taman Gembira (21 Apr 2025)
  • Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Jadi DAP Seputeh di Dewan Rukun Tetangga Taman Salak Selatan (18 April 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme