Saya datang ke pusat pencalonan PRK Pelangai di Felda Kemasul untuk memberi sokongan kepada calon BN-Kerajaan Perpaduan, Dato Armiza (calon no: 3).
Trafik sesak di semua jalan masuk ke Felda Kemasul.
Saya terpaksa berjalan kaki ke Pusat Pencalonan. Saya jumpa ramai pemimpin dan penyokong BN dan Harapan, termasuk Pengerusi Felda Datuk Shabery Chik, Ahli Parlimen YB Datuk Indera Shahar, YAB MB Selangor Amiruddin, Timbalan Menteri KDN Shamsul Anuar, Menteri Pertanian Mat Sabu, Senator Dr Hatta Ramli, YB Lee Chin Chen, YB Rara dan lain.
Sekumpulan orang muda ambik placard minta Najib dibebaskan.
Suasana di sebelah kem sini memang ceria dan meriah. Saya percaya calon BN-Kerajaan Perpaduan akan menang. 🥳
#teresakok
#prkpelangai
#kerajaanperpaduan