Semalam, saya dan pegawai saya menghadiri perjumpaan dengan Persatuan Penduduk OUG dan Rukun Tetangga (KRT Tmn OUG E & G).
Perjumpaan ini juga dihadiri oleh Pengurus Kawasan Parlimen Seputeh yang baru, Puan Wan Noorzuliana Binti Wan Hussin.
Beberapa isu yang melibatkan jalan rosak, pokok, kebersihan longkang dan kawasan yang berisiko kemalangan telah dibentangkan oleh pihak persatuan penduduk dan KRT.
Saya mengongsikan pandangan dan usaha saya di OUG kepada mereka.
Saya meminta jurutera dan perancang bandar yang hadir dalam dialog semalam untuk memberi cadangan kepada DBKL untuk menambahbaikkan jalan dan trafik di OUG.
Pengurus DBKL Seputeh berjanji akan menyampaikan masalah trafik dan jalanraya kepada jabatan berkenaan di DBKL, dan membawa mereka turun padang ke OUG.
Saya juga minta mereka menulis surat kepada Datuk Bandar KL berkenaan permintaan mereka untuk menampal jalan dan trafik di OUG.
#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh