Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kabinet diminta Menubuhkan Jawatankuasa Khas Yang Terdiri Daripada Pelbagai Agensi Untuk Membincangkan SOP Terhadap Pelancong Asing & Strategi Menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2025

Posted on Wednesday, 05-07-2023 by Editorial Team


Campurtangan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya YB Datuk Tiong King Sing dalam insiden layanan imigresen terhadap pelancong dari Negara China baru-baru ini menunjukkan kekurangan komunikasi dan ketidaksehaluan di antara agensi kerajaan terhadap pelancong asing.

Saya mencadangkan kabinet yang bermesyuarat pada hari Rabu akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan untuk membincangkan SOP berkenaan pelancong asing, dan juga merangka strategi untuk menarik lebih pelancong asing untuk melawat Malaysia dan menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2025.

Industri pelancongan Malaysia menghadapi saingan yang kuat daripada negara-negara jiran kita. Mengikut laporan akhbar, Negara Thai telah terima 9.47 juta pelancong asing daripada bulan Januari hingga Mei pada tahun ini. Kebanyakan pelancong asingnya adalah daripada negara-negara Timur Asia dan ASEAN. Pelancong asing juga telah menyumbang pendapatan sebanyak RM51.7 bilion kepada negara Thai dalam tempoh ini.

Angka tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan Malaysia. Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia meramalkan 16.1 juta pelancong antarabangsa akan melawat Malaysia pada tahun ini, dan hasil pelancongan dijangka mencecah RM49.2 bilion, dengan matlamat menerima 5 juta pelancong China.

Sehubungan dengan itu, kerajaan juga telah menetapkan sasaran 23.5 juta pelawat antarabangsa dan RM76.8 bilion pendapatan yang dijana daripada pelancongan menjelang 2025. Kedatangan pelancong asing secara beramai-ramai akan menggiatkan ekonomi negara kita dan meningkatkan pendapatan warga Malaysia.

Kekuatan Malaysia dari segi penarikan kemasukan pelancong asing berbanding dengan negara-negara jiran adalah kepelbagaian kaum dan bahasa dan budaya, seperti slogan “Malaysia Truly Asia”; manakala kekurangan kita adalah kurang persefahaman di antara agensi kerajaan dan industri yang mempromosi pelancongan dengan agensi penguatkuasaan.

Keadaan ini menyebabkan pelancong asing yang menghadapi salah komunikasi (miscommunication) dengan pihak penguatkuasaan mengheboh-hebohkan pengalaman mereka yang kurang manis di Malaysia di media sosial di negara mereka masing-masing, dan menjejaskan usaha industri pelancongan dan kerajaan untuk menarik kemasukan warga asing ke Malaysia.

Tibalah masanya bagi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Jabatan Imigresen dan PDRM di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri untuk duduk bersama untuk mengeluarkan SOP terhadap pelancong asing, di samping merangkakan strategi yang mesra dengan pertumbuhan industri pelancongan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme