Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen 13 Jun 2023 berkenaan usaha kementerian sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim kepada komuniti-komuniti terdedah di Malaysia

Posted on Wednesday, 14-06-2023 by Editorial Team

Soalan lisan Dewan Rakyat – YB Seputeh minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bagaimanakah Kementerian sedang berusaha menyokong komuniti-komuniti terdedah di Malaysia yang terjejas secara tidak seimbang oleh kesan perubahan iklim, seperti Orang Asli dan komuniti pantai dan pulau.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian telah mengenalpasti dua pendekatan utama dalam melaksanakan langkah-langkah bagi menangani kesan perubahan iklim terhadap komuniti-komuniti yang terdedah secara tidak seimbang seperti Orang Asli, komuniti pantai dan pulau melalui penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

2. NRECC percaya melalui cadangan penyelesaian segera, jangka pendek dan jangka panjang, impak fenomena banjir dari segi kemusnahan harta benda mahupun kehilangan nyawa setidak-tidaknya dapat diminimumkan. Kejayaan pelaksanaan penyelesaian ini bergantung kepada kerjasama semua pihak sama ada agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, pihak berkuasa tempatan, NGO, masyarakat dan sebagainya.

3. Bagi tujuan ini, Kementerian sedang membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (National Adaptation Plan, NAP) yang akan merangka langkah-langkah bagi menyediakan negara untuk menangani kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau terhadap lima sektor utama iaitu:
i. jaminan air dan sumber pesisir;
ii. pertanian dan jaminan makanan;
iii. infrastruktur, tenaga dan persekitaran terbina termasuk bandaraya;
iv. perhutanan dan biodiversiti; dan
v. kesihatan awam.

4. Buat masa ini, Kementerian telah mengemukakan permohonan dana kepada Green Climate Fund untuk membangunkan dokumen in dan yang dijangka akan bermula pada suku keempat 2023.

Sekian. Terima kasih

#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme