Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Kamar Khas di Parlimen (7 Jun 2023)

Posted on Wednesday, 07-06-2023 by Editorial Team

Tuan yang diPertua,

Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 adalah perkembangan reformasi undang-undang yang sangat menggalakkan daripada Kerajaan Perpaduan.

Mahkamah akan diberi ruang untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal bagi kes hukuman mati mengikut budi bicara hakim. Pelaksanaan undang-undang baru ini secara menyeluruh bakal membuka ruang kepada pelbagai perkembangan positif, termasuk mengurangkan kesesakan dalam penjara, dan lebih peluang rehabilitasi dalam kalangan banduan.

Walau bagaimanapun, banduan yang berkelayakan untuk semakan penghukuman semula di bawah undang-undang baru ini memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak untuk memastikan bahawa mereka:

a. mendapat maklumat secukupnya dan memahami peruntukkan undang- undang ini;

b. mampu membuat permohonan dalam tempoh 90 hari sebaik sahaja RUU ini berkuat kuasa; dan

c. boleh memperoleh dan membentangkan keterangan-keterangan mitigasi di pendengaran permohonan semakan penghukuman semula dengan bantuan peguam-peguam mereka.

Mekanisme semakan penghukuman semula ini harus dijelaskan dan 1diterangkan kepada mereka yang berkelayakan dan peguam lantikan mereka (bagi banduan warga asing, kepada kedutaan mereka) seawal yang boleh sebelum penguatkuasaan undang-undang ini, setelah mengambil kira had tempoh masa 90 hari sebagaimana diperuntukkan dalam RUU tersebut.

Sebaik sahaja permohonan semakan penghukuman semula bermula di Mahkamah Persekutuan, pihak berkuasa harus memastikan pemohon diberi masa dan sumber secukupnya untuk membuat persediaan pendengaran mahkamah, termasuk peluang munasabah untuk memperoleh dan membentangkan keterangan-keterangan mitigasi. Ini sangat mustahak kerana permohonan semakan penghukuman semula hanya boleh dibuat sekali sahaja. Ini adalah berlandaskan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) semasa bacaan kedua RUU ini yang memberi penekanan terhadap hak untuk hidup bagi pemohon, dan juga keperluan untuk mengambil kira keterangan mitigasi berdasarkan prinsip kesetimpalan.

Sehubungan dengan itu, garis panduan berkenaan pelaksanaan kedua-dua undang-undang ini haruslah dikongsi dengan pihak-pihak berkaitan, termasuk Jabatan Penjara, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Mahkamah Persekutuan. Penyediaan garis panduan juga harus dibuat setelah proses rundingan dengan pemegang taruh, termasuk pengamal undang-undang, pakar dalam pengadilan jenayah, pakar perubatan dan organisasi sivil (CSO).

Selain itu, mereka yang masih belum dijatuhkan atau dikekalkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan haruslah diberi masa, sumber dan peluang yang cukup untuk memahami peruntukan di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, tanpa mengira tempoh masa yang telah berlalu semenjak pendengaran atau perbicaraan kes mereka yang terdekat sebelum ini.

Garis panduan mahkamah terhadap kes hukuman mati harus disediakan dan diterbitkan untuk memastikan bahawa prinsip kesetimpalan yakni ‘proportionality’ terlaksana dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

**********************************************

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan banduan-banduan yang berkelayakan untuk semakan hukuman di bawah Rang Undang- Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 mendapat kerjasama dan sokongan sewajarnya dari semua pihak yang berkenaan supaya mereka mendapat manfaat sepenuhnya undang-undang baru ini.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 pada masa ini masih belum diwartakan dan berkuat kuasa. Oleh yang demikian, berhubung tempoh had masa 90 hari untuk memfailkan permohonan semakan semula hukuman mati atau hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, tempoh ini akan hanya bermula setelah rang undang-undang ini diwartakan dan berkuat kuasa kelak.

3. Mesyuarat Pelaksanaan Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori bersama YB Timbalan Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah diadakan pada 11 Mei 2023 yang bertujuan membincangkan serta menentukan mekanisme bagi pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori dan semakan hukuman mati serta pemenjaraan sepanjang hayat. Mesyuarat ini melibatkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Peguam Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan serta Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Mesyuarat telah membincangkan persoalan / isu dalam pelaksanaan yang berbangkit untuk setiap agensi serta tindakan yang perlu diambil.

4. Di samping itu, Mesyuarat Penyediaan (TOR) Bagi Pelaksanaan Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat pula telah diadakan pada 25 Mei 2023 yang membincangkan penyediaan carta alir / Garis Panduan dalam pelaksanaan hukuman gantian. Mesyuarat ini melibatkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Peguam Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan serta Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Mesyuarat telah membuat persediaan mengenai semakan kategori banduan serta cadangan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk Semakan Pelaksanaan Hukuman Gantian.

5. Garis Panduan yang dibangunkan ini turut mengambil kira perkara- perkara berikut:

(i) Latar belakang banduan antaranya tempoh banduan di penjara, umur, rekod prosiding, alasan penghakiman serta rekod kesihatan;

(ii) Mekanisme pendengaran kes termasuklah masa dan sumber yang mencukupi untuk pendengaran mahkamah;

(iii) Khidmat guaman; dan

(iv) Kefahaman / penjelasan kepada banduan dan peguam lantikan.

6. Berhubung isu kos khidmat guaman, perkara ini telah dibangkitkan dan dibincangkan di dalam sesi-sesi mesyuarat yang dinyatakan dan sedang diperhalusi bagi tujuan mencapai suatu penyelesaian antara pihak-pihak.

7. Semua pihak berkepentingan akan dilibatkan dalam pembangunan Garis Panduan ini di mana sesi libat urus akan dijalankan sebelum carta alir / Garis Panduan dimuktamadkan.

8. Selepas tata cara kerja pelaksanaan semakan hukuman mati telah teratur dan tersedia, carta alir / Garis Panduan berkenaan akan dimuat naik di laman sesawang untuk panduan serta rujukan umum.

9. Kesemua tindakan ini akan dilaksanakan pada kadar yang segera memandangkan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati

Mandatori 2023 dan Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 telahpun diluluskan di Parlimen.

Sekian, terima kasih. See less

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme