Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen (25 Mei 2023) berkenaan jumlah pekerja migran yang telah memasuki negara ini sejak tahun 2013

Posted on Friday, 26-05-2023 by Editorial Team

Soalan lisan Teresa Kok (Seputeh) di Dewan Rakyat – Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja migran yang telah memasuki negara ini sejak tahun 2013, serta pecahan jumlah permit kerja yang telah dikeluarkan dalam tempoh masa yang sama mengikut saluran standard ataupun secara kelulusan khas.


JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menetapkan supaya semua pekerja asing yang bekerja di Malaysia untuk mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah selaras dengan Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pekerja asing dibenarkan bekerja di sektor Perkilangan, Pembinaan, Perladangan, Perkhidmatan, Pertanian serta Perlombongan dan Kuari di bawah kelulusan kuota yang ditetapkan.

Dari tahun 2013 sehingga 15 Mei 2023, sejumlah 3,838,404 Pas Lawatan (Kerja Sementara) (PLKS) telah dikeluarkan oleh JIM.

Daripada jumlah tersebut, 818,846 PLKS (21.3%) dikeluarkan secara kelulusan khas.

Sehingga 15 Mei 2023, terdapat sejumlah 1,632,497 Pas Lawatan (Kerja Sementara) (PLKS) yang masih aktif berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)
  • Lawatan Tapak Berkenaan Limpahan Air Lumpur ke rumah di Jalan Jiran 12, Taman Gembira (21 Apr 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme