Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Majlis Berbuka Puasa & Kacau Dodol dengan warga Balai Polis Sri Petaling

Posted on Saturday, 15-04-2023Friday, 12-05-2023 by Editorial Team

Malam ini Pusat Khidmat Parlimen Seputeh menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anggota polis Balai Sri Petaling dan keluarga mereka di perkarangan Balai Polis Sri Petaling.

Sebelum majlis berbuka puasa, beberapa pegawai polis dan ahli keluarga mereka telah buat kacau dodol. Saya cuba mengacau dodol dengan OCS Inspektor Yeo …. Aiduh! Kacau dodol memang perlu tenaga yang sangat kuat dan ia perlu dikacau selama 6 jam 😅

Kesemua makanan malam ini adalah dimasak oleh anggota polis di Balai Sri Petaling.

Bila makan malam bermula, ramai pegawai polis dan keluarga mereka makan dengan duduk di lantai, seperti di rumah di
kampong, membayangkan suasana kekeluargaan yang amat mesra di kalangan mereka.


Dalam ucapan ringkas saya, saya menyampaikan penghargaan saya kepada para konstabel dan akar-umbi PDRM atas
sumbangan dan pengorbanan mereka kepada masyarakat tempatan.

Saya berjanji akan menyampaikan permintaan anggota polis di parlimen. Saya berharap hubungan yang erat diwujudkan di antara pusat khidmat saya dan para anggota polis dalam perkhidmatan kami untuk masyarakat setempat.

#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)
  • Lawatan Tapak Berkenaan Limpahan Air Lumpur ke rumah di Jalan Jiran 12, Taman Gembira (21 Apr 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme