Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pokok Tumbang akibat ribut taufan di Taman Hock Ann

Posted on Wednesday, 26-04-2023Friday, 12-05-2023 by Editorial Team

Petang semalam, ribut taufan telah berlaku di sekitar Jalan Klang Lama dan menyebabkan pokok besar tumbang dan menghempap 6 buah rumah di Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama. Seorang warga emas berusia 89 tahun dan kanak-kanak berusia 4 tahun telah tercedera.

Team Pusat Khidmat Seputeh dan saya telah menjalankan lawatan tapak di Taman Hock Ann pada pagi ini, diiringi oleh pegawai daripada DBKL dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Keadaan beberapa rumah mangsa tersebut sangat teruk dan bahaya untuk didiami.

Sebagai langkah sementara, saya memberi sumbangan kepada 3 keluarga mangsa yang terlibat. Saya telah menghantar surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk meminta bantuan kecemasan untuk menebang pokok dan membaiki atap bumbung yang rosak.


Saya sangat berharap DBKL dapat memberi maklum balas segera terhadap permintaan saya kerana mangsa-mangsa ini memang tidak dapat duduk dalam rumah mereka. Pejabat saya akan terus memantau keadaan mangsa di Taman Hock Ann.

Selain itu, saya juga meminta pegawai DBKL Seputeh untuk tolong mengalih timbunan sampah dan membersihkan parit-longkang di kawasan tersebut, untuk mengelakkan banjir kilat daripada berlaku.

#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme