Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Datuk Bandar Kuala Lumpur turun padang ke Taman Desa

Posted on Tuesday, 02-05-2023Friday, 12-05-2023 by Editorial Team

Pada 26 April 2023, saya panjangkan aduan penduduk Tanan Desa kepada DBKL dan Air Selangor untuk mengadakan lawatan tapak bagi menyelesaikan isu takungan air di taman rekreasi Taman Desa.

Hari ini, saya amat terperanjat dengan kehadiran Datuk Kamarulzaman, iaitu Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru turut dalam lawatan tapak tersebut.

Kami bermula dengan sesi perbincangan di pejabat Persatuan Penduduk Taman Desa (TDRA) yang melibatkan Datuk Bandar, Encik Kelvin (Ketua Pengagihan Air Selangor), Tuan Hj. Zulkifli (Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap & Rekreasi), En. Abdul Rahman (Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran), Encik Asmizi (Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan Seputeh), pegawai saya, pemimpin TDRA dan lain.

Hasil perbincangan, Encik Kelvin bersetuju menjalankan kerja-kerja pengorekan dengan bantuan DBKL bagi mencari punca takungan air di padang Taman Desa.

Setelah itu, kami dibawa berjalan mengelilingi seluruh taman rekreasi. Saya mencadangkan kepada Datuk Bandar untuk menaiktaraf seluruh taman rekreasi ini kerana ia merupakan satu-satu kawasan lapang/hijau di Taman Desa.


Saya juga berkata DBKL telah luluskan banyak projek perumahan di sini dan DBKL memang perlu menaiktaraf kawasan lapang ini untuk penduduk di taman ini.

Datuk Bandar bersetuju dengan cadangan saya. Dia mengarah Encik Zulkifli, pengarah Jabatan Pembangunan Lanskap dan Rekreasi untuk menjalankan kerja-kerja naiktaraf taman rekreasi ini. Saya juga cadangkan En Zulkifli untuk mengadakan perbincangan yang lebih terperinci dengan TDRA sebelum melakukan apa-apa kerja.

TDRA dan saya memang sangat gembira untuk melihat Datuk Bandar turun padang berjumpa dengan kami dan memberi arahan untuk menyelesaikan masalah dan malah menambahbaikkan taman rekreasi di Taman Desa.

Dalam ingatan saya, Ini adalah kali pertama di mana Datuk Bandar Kuala Lumpur datang melihat masalah taman rekreasi Taman Desa. Saya berharap taman rekreasi ini akan ditambahbaikkan dengan secepat mungkin. ๐Ÿ˜Š

#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme