Petang tadi, saya menyertai perbahasan bajet peringkat jawatankuasa Kementerian Luar Negeri di Dewan Rakyat.
Saya bangkitkan isu Myanmar. Saya kata Malaysia telah menandatangani Genocide Convention, dan kita sepatutnya menggubal undang-undang terhadap genocide dan jenayah antarabangsa yang lain, supaya penjenayah di luar negara boleh didengari oleh mahkamah di negara kita.
Saya juga sentuh tentang pelarian Rohingya dan lain, supaya mereka dibenarkan bekerja secara sah di negara kita.
#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh