Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Penduduk di Sri Petaling diminta kekal tenang semasa menunggu kerajaan membuat keputusan tentang proses penukaran pegangan hak milik daripada “leasehold” kepada “freehold”.

Posted on Saturday, 04-03-2023Thursday, 16-03-2023 by Editorial Team

Semalam, saya dan rombongan Pusat Khidmat Parlimen Seputeh telah menghadiri satu mesyuarat bersama Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) (pemangku) Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Firdaus bin Ibaruslan dan beberapa orang pegawai PTG untuk membincangkan isu berhubung pertukaran pegangan hakmilik daripada pegangan bertempoh (leasehold) kepada pegangan selama-lamanya (freehold) di bawah Perundangan Kanun Tanah Negara yang melibatkan Sri Petaling. Mesyuarat ini diadakan akibat banyak pertanyaan daripada penduduk Sri Petaling berkenaan isu ini baru-baru ini.

Pemangku Pengarah PTG WPKL beritahu bahawa pada 26 Januari 2023 Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur telah memerintahkan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WPKL untuk menukar jenis pegangan hakmilik yang terletak di Mukim Petaling dari pegangan “leasehold” kepada pegangan “freehold”. Hal ini berikutan daripada dapatan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahawa Kerajaan telah melangkaui kuasanya apabila mengenakan syarat pajakan 99 tahun kepada tanah yang terbit daripada pecahan tanah yang pada asalnya berpegangan “freehold”.

Perintah ini dikeluarkan susulan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur mendapati hakmilik tersebut sebenarnya berasal daripada 7 lot tanah iaitu GRANT 5350 Lot 1131, GRANT 6875 Lot 1602 dan Lot 1612, GRANT 8812 Lot 2638, GRANT 8328 Lot 872, GRANT 9146 Lot 2687 dan GRANT 9147 Lot 2683 Mukim Petaling yang dahulunya dimiliki oleh Petaling Garden Company Sendirian Berhad sebenarnya adalah berstatus pegangan “freehold” dan bukannya berstatus “leasehold”. Perubahan jenis pegangan tersebut berlaku susulan keputusan pihak Kerajaan sekitar tahun 1977 terhadap permohonan pembangunan perumahan oleh Petaling Garden Company Sendirian Berhad.
Berdasarkan semakan awal Pentadbiran ini, didapati hampir 7,000 lot yang berasal daripada 7 lot tersebut berpotensi untuk ditukar pegangan tanah milik mereka daripada pegangan “leasehold” kepada pegangan “freehold” sekiranya memperolehi Perintah Mahkamah.
Senario yang berlaku di Mukim Petaling ini merupakan senario yang sama yang telah berlaku di Taman Bukit Maluri yang mana pada masa ini telah terdapat lebih daripada seribu Perintah Mahkamah yang telah didaftarkan.

Oleh itu, saya telah tulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali untuk minta adakan satu mesyuarat berkenaan perubahan status tanah dan mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan kekeliruan yang terjadi.
Buat masa ini, saya minta kerjasama penduduk dan pemilik hartanah di Mukim Petaling khususnya di Sri Petaling untuk kekal tenang dan tidak ambil apa-apa tindakan serta beri ruang kepada kerajaan untuk memberikan jalan penyelesaian. Penduduk diminta jangan tergesa-gesa untuk mengambil khidmat peguam atau agen bagi proses penukaran status tanah.

Saya menyeru kerajaan mengenakan fi yang munasabah bagi penukaran status tanah penduduk mukim Petaling yang terlibat dari pegangan “leasehold” kepada pegangan “freehold” agar tidak membebankan penduduk.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme