Semalam saya dijemput oleh Menteri KPKT, Nga Kor Ming untuk menghadiri majlis penutupan tapak sampah haram di Mega Mendung, di kawasan Parlimen Seputeh.
Saya tidak sedar wujudnya tapak pelupusan sampah haram tersebut. Kebanyakan sampah yang berlonggok di sana adalah sampah pembinaan. Nampaknya tapak itu sudah dijadikan tapak pembuangan sampah oleh kontraktor pembinaan.
Saya mengalu-alukan operasi penutupan lokasi sampah haram. Saya menyeru penduduk di KL boleh memberi kerjasama kepada kerajaan dengan melaporkan orang yang tidak bertanggungjawab yang buang sampah dengan sewenang-wenangnya.
#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh