Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kunjungan Hormat kepada Ketua Setiausaha Negara

Posted on Friday, 10-03-2023Thursday, 16-03-2023 by Editorial Team

Petang ini saya bersama 3 Ahli Parlimen KL yang lain mengadakan kunjungan hormat kepada KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali di pejabatnya. Ahli-ahli Parlimen yang bersama saya adalah YB Tan Kok Wai (Cheras), YB Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan YB Zahir Hassan (Wangsa Maju).

Saya membangkitkan isu berkenaan dengan pertukaran grant tanah daripada “leasehold” kepada “freehold” di beberapa lot di Sri Petaling susulan perintah Mahkamah Tinggi Malaya.

Pemangku Pengarah PTG WP KL Encik Firdaus juga memberi penerangan kepada KSN tentang latar-belakang kes ini. KSN minta beliau membentangkan kertas kerja ini dalam mesyuarat Exco Tanah yang akan datang, dan Exco Tanah akan membuat keputusan tentang prosedur permohonan pertukaran syarat tanah bagi orang ramai.

Saya mencadangkan kepada KSN supaya mengenakan premium pertukaran yang munasabah kepada para pemohon. Saya juga cadangkan kepada PTG WPKL untuk membenarkan pemilik hartanah membuat bayaran melalui talian. Cadangan saya diterima baik oleh KSN dan pihak PTG WPKL .

7 lot tanah yang terlibat adalah GRANT 5350 Lot 1131, GRANT 6875 Lot 1602 dan Lot 1612, GRANT 8812 Lot 2638, GRANT 8328 Lot 872, GRANT 9146 Lot 2687 dan GRANT 9147 Lot 2683 Mukim Petaling yang dahulunya dimiliki oleh Petaling Garden Company Sendirian Berhad.

Saya menyeru para pemilik hartanah di Sri Petaling bersabar. Saya percaya pihak kerajaan akan mengumumkan keputusan berkesan pertukaran syarat tanah dalam tempoh 2-3 bulan.

#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme