Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen 2 Mac 2023 berkenaan Anjing Penyelamat

Posted on Saturday, 04-03-2023Saturday, 04-03-2023 by Editorial Team

Soalan No:9 – Minta MENTERI MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah anjing penyelamatan yang telah dan akan dilatih oleh pihak bomba untuk usaha penyelamatan pada waktu bencana. Apakah benar kesemua anjing penyelamatan ini tidak dibenarkan untuk diangkat oleh orang luar tetapi akan dimusnahkan selepas melebihi umur 10 tahun mengikut peraturan Kerajaan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa berusaha dalam meningkatkan kompetensi Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM dalam menghadapi bebanan tugasan yang kian mencabar serta rumit. Pada masa kini, JBPM memiliki 32 aset anjing pengesan yang ditempatkan di tiga (3) buah pusat pengoperasian Unit K9 iaitu Jalan Klang Lama (Kuala Lumpur), Serian (Sarawak) dan Tuaran (Sabah).

Kesemua anjing pengesan yang ditempatkan di pusat pengoperasian tersebut memiliki kepakaran tersendiri melibatkan empat (4) disiplin utama iaitu:
i) UDSAR (Urban Disaster Search and Rescue);
ii) Fire Investigation;
iii) Cadaver, dan
iv) Wilderness.

Dalam mengatasi isu berkaitan anjing pengesan yang telah menjangkau usia 10 tahun dan menghidap penyakit kronik serta tidak ekonomik untuk dipulihkan, Kementerian melalui JBPM telah mendapat kelulusan agensi pusat dalam Rolling Plan Ketiga (RP3), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi perolehan sebanyak 12 ekor anjing pengesan yang baharu yang dijangka akan diterima pada tahun 2025 (2tahun). Perolehan ini adalah bagi penggantian anjing pengesan melibatkan disiplin Fire Investigation (FI) dan Urban Disaster Search and Rescue (UDSAR).

Anjing ini telah dilatih sepenuhnya oleh pembekal sebelum diserahkan kepada JPBM dan boleh digerakkan ke setiap operasi mengikut disiplin atau kemahiran anjing-anjing tersebut. Pada masa yang sama, pihak JPBM juga turut mengadakan latihan khas iaitu:
i) Latihan Penyesuaian (acclimation) bertujuan memberi penyesuaian terhadap persekitaran seperti suhu, cuaca dan bentuk muka bumi; dan
ii) Latihan Mewujudkan Hubungan atau Ikatan (bonding) iaitu proses untuk merapatkan hubungan di antara anjing dan pemegang anjing yang dilaksanakan selama 60 hari supaya anjing ini boleh beroperasi dengan efektif dan optimum.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, latihan ini juga meliputi tiga (3) tahap iaitu Latihan Asas (basic), Pertengahan (Intermediate) dan Lanjutan (advance) serta diberi latihan simulasi senario operasi penyelamatan seperti mencari dan menyelamat mangsa bencana tanah runtuh, kes mangsa yang hilang dan penyiasatan kebakaran bagi memastikan anjing ini cekap dan dapat memberi output terbaik mengikut kecemasan.

Pihak Kementerian ingin menegaskan bahawa tahap kesihatan anjing ini sentiasa dipantau dan pemeriksaan kesihatan tahunan akan dilaksanakan bagi mematuhi perkara 4.4.3 Perintah Tetap Ketua Pengarah JBPM Bilangan 2 Tahun 2021 – Pentadbiran dan Pengoperasian Unit K9 JBPM. Anjing ini akan menjalani pemeriksaan kesihatan, rawatan gigi (scalling) dan diberi suntikan vaksin yang dicadangkan oleh doktor veterinar setiap tahun. Setelah usia anjing melebihi sepuluh (10) tahun, anjing tersebut akan menjalani proses imbasan x-ray, pemeriksaan pinggang/pinggul, jantung dan lain-lain meliputi pemeriksaan darah (sel darah) dan keadaan buah pinggang.
Bagi tujuan pelupusan anjing-anjing pengesan yang dikategorikan sebagai aset hidup adalah dengan merujuk kepada:
i) Arahan Perbendaharaan iaitu Tatacara Pengurusan Aset Hidup; dan
ii) Surat Kelulusan Penetapan Jangka Hayat Anjing Pengesan Milik JBPM nombor rujukan KPKT 300-1/3/1 Jld. 2 (52) bertarikh 18 September 2020, perkara 2 yang menetapkan tempoh jangka hayat anjing pengesan untuk berkhidmat dalam JBPM adalah sepuluh (10) tahun sekiranya masih sihat dan mampu melakukan kerja-kerja mengesan (hanya jika anjing benar-benar sihat atau tidak menzaliminya).
Walau bagaimanapun, anjing ini tidak akan dimusnahkan oleh JBPM walaupun selepas usia haiwan tersebut mencapai sepuluh (10) tahun. Sebaliknya, atas dasar penghargaan kepada khidmat aset hidup ini maka JBPM telah mengurus kebajikan anjing-anjing dari segi tempat tinggal (kandang anjing), makanan, pemeriksaan kesihatan dan juga pemberian supplement tambahan selepas ditamatkan daripada perkhidmatan.

Kesimpulannya, anjing-anjing pengesan ini hanya akan dilupuskan sekiranya ia menderita penyakit kronik, tahap kesihatan kritikal atau uzur. Cadangan pelupusan ini akan dibuat hanya setelah mendapat nasihat daripada pihak veterinar.
Sekian terima kasih.

#TeresaKok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme