Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

RIP Datuk Seri Gopal Sri Ram

Posted on Sunday, 29-01-2023Monday, 30-01-2023 by Editorial Team

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam yang handal Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia pada hari ini. Satu-satunya perbualan di antara mendiang Datuk Seri Gopal dengan saya adalah pada 24 Februari 2020 iaitu semasa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada lebih kurang 6.30pm hari itu, pegawai-pegawai Bahagian Sawit di bawah Kementerian Industri Utama dan saya berada di bilik tetamu khas VIP di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kami menunggu kapal terbang untuk balik ke Kuala Lumpur yang dijadualkan terbang pada 8 malam, selepas beberapa hari lawatan kerja kami di Sabah.

Bila Gopal Sri Ram jumpa saya, dia berkata, “Teresa, adakah kamu sedar kamu bukan lagi Menteri kabinet? Mengikut perlembagaan negara, selepas Perdana Menteri meletakkan jawatan, kabinet pun terbubar.” Saya rasa sangat hairan bila terdengar kata-katanya kerana kami memang tidak terima apa-apa maklumat ataupun arahan berkenaan dengan isu ini.

Selepas rombongan kementerian saya tiba di KLIA pada 9.40pm, pegawai kementerian dan saya pun terima kenyataan daripada Ketua Setiausaha Negara dalam whatsapp kita bahawa kerajaan terbubar berikutan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai PM.

Para pegawai yang mengiring saya ke Sabah pun berjabat tangan dengan saya dan kata “bye-bye” dengan saya. 😱

Gambar foto ini adalah perbualan saya yang pertama dan terakhir dengan mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram. Dua lelaki di sebelah kami adalah Datuk Parveez (pengarah MPOB) dan En Chew Jit Seng (CEO MPOCC).

RIP Datuk Seri Gopal Sri Ram.

#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme