Pagi ini MP KL hadir perjumpaan dengan PM DS Anwar Ibrahim di bangunan DBKL. Sekarang Kementerian Wilayah Persekutuan telah dimansuhkan dan KL terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya rasa gembira PM mengarahkan datuk bandar dan semua ketua jabatan DBKL mengadakan perjumpaan bulanan dengan semua Ahli Parlimen KL, supaya kami boleh bentangkan masalah di kawasan kami kepada DBKL. Kami juga mencadangkan kepada PM supaya cawangan DBKL di setiap kawasan Parlimen diperkasakan dengan diberi peruntukan kewangan untuk menjalankan projek kecil di setiap kawasan parlimen, khususnya penurapan lubang jalanraya dan pencatasan cabang pokok. Saya berharap DBKL akan lebih mesra dengan MP KL dan penduduk selepas pertemuan ini.