Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Teresa derma pembesar suara kepada Surau Darus Salam

Posted on Monday, 09-03-2009 by DAP Seputeh


Teresa memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Surau Darus Salam, dan diterima oleh Imam Haji Harun (di sebelah Teresa) dan pihak pengurusan surau.

Kenyataan Akhbar 08 Mac 2009

Pada hari sabtu ulangtahun kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, YB Teresa Kok, exco kanan Selangor merangkap ADUN Kinrara membuat kunjungan ke Surau Darus Salam di Batu 13 Puchong dan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada surau berkenaan untuk membeli pembesar suara laungan azan.

Selain itu, beliau juga memberi sumbangan RM2,500 kepada PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) dan RM2,500 kepada Sekolah Rendah Islam (Seri) Nurul Hidayah di Puchong.

Teresa berkata pada asalnya beliau ingin memberi sumbangan ini pada Hari Maulidur Rasul pada hari keesokannya, tetapi beliau terpaksa memberi sumbangan sehari sebelum itu kerana beliau ingin menghadiri perayaan sambutan Maulidur Rasul bersama dengan Sultan Selangor anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada hari keesokannya.

Teresa memberi sumbangan RM2,500 kepada Ustaz Mohd Faizul Azmi bin Mat Daut, wakil Sekolah Rendah Islam (Seri) Nurul Hidayah. Imam Harun berada di sebelah Ustaz Mohd Faizul

Dalam ucapan Teresa, beliau menceritakan tuduhan palsu yang mengatakan beliau membawa penduduk di Bandar Kinrara membantah laungan azan pada tahun lepas sehingga beliau ditahan di bawah ISA selama tujuh hari. Beliau menegaskan sekali lagi bahawa beliau langsung tidak terlibat dalam petisyen ini dan ini telah pun dijelaskan oleh imam di masjid berkenaan setelah beliau dimasukkan di bawah ISA.

Beliau juga turut menjelaskan tuduhan palsu yang menyatakan beliau telah masuk ke dalam masjid dengan memakai skirt. Beliau berkata isu itu berlaku pada malam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan ISA. Beliau tidak pernah masuk ke bangunan masjid tetapi hanya berada di perkarangan Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru bersama dengan Mohamed Sabu untuk berterima kasih kepada para umat Islam yang mengadakan sembahyang Tarawih bagi tahanan ISA termasuk beliau.

Teresa berterima kasih kepada semua umat Islam yang telah berdoa bagi beliau dan juga tahanan ISA yang lain. Beliau berkata penahanannya sebaliknya telah membuka mata orang ramai bahawa ISA boleh disalahgunakan oleh pihak berkuasa dan menyebabkan lebih orang membantah penggunaan ISA.

Teresa juga berkata dalam ucapannya bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang telah cuba sedaya upaya untuk cuba berkongsikan sumber-sumber di Selangor bersama dengan rakyat Selangor di bawah tema “Merakyatkan Ekonomi Selangor”. Itu sebabnya kerajaan Pakatan telahpun mengadakan program Mesra Usia Mas, TAWAS, air percuma 20 meter padu, Hadiah Anak Masuk Universiti dan sebagainya, yang mana telah banyak dinikmati oleh warga di Selangor.

Walau bagaimanapun, beliau berkata pihak lawan politik Pakatan tetap melemparkan banyak tuduhan liar terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dan tujuan untuk memburukkan imej pemimpin Pakatan Rakyat. Selain daripada kes beliau, tuduhan penyalahgunaan kuasa yang dilemparkan ke atas Menteri Besar Selangor oleh SPRM atas isu lembu dan kereta itu telah pun menunjukkan bahawa SPRM bukanlah satu agensi yang bebas tetapi lebih merupakan alat kepada Barisan Nasional untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat.

Haji Harun. Imam Surau Darus Salam berterima kasih atas sumbangan YB Teresa kepada suraunya. Beliau menyeru Teresa bersabar menerima tohmahan daripada orang yang tidak berpuas hati terhadapnya di samping memberi kata-kata galakan kepada Pakatan Rakyat.

YB Teresa kemudian dibawa oleh pihak pengurusan surau untuk melawat tingkat atas bangunan surau yang tengah menjalani pembaikan dan juga rancangan surau untuk masyarakat tempatan tersebut.

Teresa memberi sumbangan RM2,500 kepada Abdul Hadi Bin Sabrain, wakil daripada PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam). Imam Harun berdiri di sebelah Abdul Hadi bin Sabrain.

  • festivities
  • islam
  • Kinrara
  • Puchong
  • 2 thoughts on “Teresa derma pembesar suara kepada Surau Darus Salam”

    1. lee wee tak says:
      Monday, 09-03-2009 at 19: 03.25

      I love reading articles like this – a complete turn around in the mood of the people. In Seremban last Friday, where DAP N. Sembilan had their fund raising dinner, vast majority of the Seremban Chinese folks cheered loudly when PAS Sec-Gen Encik Kamaruddin spoke.

      We are all Malaysians

      Now MACC, have you open a file yet?

    2. Pingback: Yang Rosak, Kita Perbaiki «

    Comments are closed.

    About

    Teresa Kok

    About Teresa

    Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

    Learn More

    Recent Articles

    • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
    • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
    • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
    • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
    • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
    • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
    • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
    • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
    • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
    • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
    • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
    • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
    • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
    • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
    • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency

    Article Archives

    © 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme