Banyak jalan di kawasan Parlimen Seputeh telah rosak lama dan tidak ditambah-baikkan oleh DBKL walaupun banyak surat aduan telah dihantar kepada mereka. Pada tahun lepas, saya terpaksa membuat permohonan kepada pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menurap jalanraya yang berlubang-lubang di kawasan saya. Pada minggu lepas, 10 jalanraya di Taman Gembira telah siap diturap oleh kontraktor daripada ICU di bawah JPM. Jumlah perbelanjaan penurapan 10 jalanraya ini adalah RM100 ribu. Penurapan jalan-jalan ini sepatutnya dilakukan oleh DBKL. Saya menyeru DBKL akan memberi lebih peruntukan bagi penambahbaikan infrastruktur dan penurapan jalan pada tahun 2023 ini, supaya banyak jalan yang rosak di Kuala Lumpur akan ditambahbaikan.