Tahniah kepada pemilih berdaftar yang berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia dengan mengundi pada PRU ke-15. Kerajaan perpaduan nasional yang dibentuk membabitkan penyertaan tiga komponen utama membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN-UMNO, MCA, dan MIC) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Lain-lain parti atau gabungan yang menyokong Kerajaan Perpaduan termasuklah GRS Sabah, dan Warisan.