Pelancaran jentera pilihanraya Pakatan Harapan & DAP di Bukit Bintang semalam, di mana calon bagi Bukit Bintang (Fong Kui Lun), Cheras (Tan Kok Wai), Seputeh (Teresa Kok), Kepong (Lim Lip Eng) dan Segambut (Hannah Yeoh) diumumkan oleh Anthony Loke, Setiausaha Agong DAP.
Lebih kurang 400 orang hadir di ceramah kami. Kami berceramah politik selepas pengumuman pencalonan kami diadakan.
Puji Tuhan semalam tiada hujan. semoga cuaca yang cerah akan berterusan sepanjang kempen PRU ini.
Anda juga boleh menonton semula rakaman video secara langsung Majlis Pelancaran Jentera ini melalui pautan ini https://fb.watch/hUDZp2fA4u/