Tengahari tadi, saya menyertai usaha pemberian makanan tengahari percuma kepada penduduk berpendapatan rendah di Pasar Pagi Taman Salak Selatan. Projek Dapur Seputeh ini merupakan inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Seputeh sejak bulan Ogos tahun ini. Pemasakan dan pemberian makanan percuma ini diadakan pada setiap tengahari Hari sabtu.
Masakan pada hari ini disediakan oleh sukarelawan kami yang diketuai oleh Ah Ling, Sara dan ramai lagi. Menu yang disediakan pada hari ini ialah Bendi Goreng, Telur Dadar Campur dan Tauhu Telur Bersama Tomato.
Hari ini kami mengagihkan 207 pax makanan kepada penduduk sekitar. Kami terima derma sebanyak RM345 daripada pelawat yang menziarahi kami. Terima kasih kepada para penderma dan sukarelawan hari ini.