Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kenapakah Dato’ Dr Mah mempraktikkan “double standard” dari segi pelaksanaan dasar?

Posted on Tuesday, 27-09-2022Wednesday, 28-09-2022 by Editorial Team

Saya rasa amat hairan apabila saya lihat gambar yang disiarkan dalam akhbar Sin Chew Daily yang menunjukkan parti MCA mengadakan program besar-besaran di Dewan SJKC Yih Min di Alor Setar, Kedah pada 10 September 2022, di mana logo MCA diletakkan di atas pentas di dalam dewan, dan juga pada maskot harimau di pintu besar dewan sekolah tersebut.

Ramai pemimpin MCA termasuk Dato’ Dr Mah Hang Soon dan Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting turut hadir dalam program MCA tersebut. Gambar berkenaan program ini telah tular di media sosial.

Sehubungan dengan itu, pada 24 September, pejabat koordinator MCA di Tanjong Malim juga menggunakan dewan SJKC Choong Hua 2 untuk mengadakan program Pesta Tanglung dan dihadiri oleh Dato Dr Mah Hang Soon.

Sekiranya wujud arahan daripada Kementerian Pendidikan yang menegah parti politik untuk mengadakan aktiviti dengan menggunakan premis sekolah, bukankah parti MCA termasuk Timbalan Menteri Pendidikan Dato’ Dr. Mah Hang Soon sendiri telah melanggar arahan Kementerian Pendidikan? Kenapakah Dato’ Dr Mah mempraktikkan “double standard” dari segi pelaksanaan dasar ini?

Dato’ Dr Mah mendakwa permohonan saya untuk menggunakan dewan SJKC La Salle adalah tindakan “menyusahkan pihak sekolah”.

Bukankah cara MCA menggunakan dewan sekolah SJKC Yih Min di Kedah dan juga dewan sekolah SJKC Choong Hua 2 lebih menyusahkan sekolah, kerana beliau sebagai Timbalan Menteri Pendidkan melanggar peraturan Kementerian Pendidikan yang melarang parti politik untuk menggunakan premis sekolah untuk mengadakan aktiviti politik?


Saya menyeru Dato’ Dr Mah menjelaskan kenapakah MCA dan beliau sendiri melanggar peraturan Kementerian Pendidikan? Apakah Kementerian Pendidikan dan beliau sendiri telah mengamalkan “double standard” dalam isu ini? Bukankah ini merupakan penyalahgunaan kuasanya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan?

#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme