Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Teresa Kok Menyeru Mah Hang Soon Fasih Membaca Akta Pendidikan, dan Menghormati Kuasa Lembaga Pengelola SJKC di Dalam Sekolah

Posted on Monday, 26-09-2022Tuesday, 27-09-2022 by Editorial Team

Teresa Kok Menyeru Mah Hang Soon Fasih Membaca Akta Pendidikan, dan Menghormati Kuasa Lembaga Pengelola SJKC di Dalam Sekolah
=======================================

Saya minta Timbalan Menteri Pendidikan Dato’ Dr Mah Hang Soon henti memutar-belitkan fakta, menghormati kuasa Lembaga Pengelola di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan henti menggunakan peraturan Kementerian Pendidikan untuk merampas hak Lembaga Pengelola sekolah dalam isu penyewaan dewan kepada mana-mana pihak.

Saya ingin mengingatkan Dato’ Mah untuk membaca takrifan “pengelola” di bawah Akta Pendidikan 1996, khususnya berkenaan “suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan” yang termaktub di bawah Bab 11 di bawah Bahagian 4 dalam Akta Pendidikan 1990, di samping menyemak semua peraturan terhadap SJKC oleh Kementerian Pendidikan.

Dato’ Mah haruslah mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk membuat pembetulan sekiranya beliau mendapati wujudnya peraturan yang bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996.

Dato’ Mah sebagai Timbalan Menteri Pendidikan haruslah sedar Kementerian Pendidikan selalu tidak memberi peruntukan yang mencukupi kepada pihak sekolah untuk membiayai perbelanjaan mereka, selalunya pihak pengelola sekolah terpaksa memungut dana untuk membiayai perbelanjaan sekolah termasuk bil air dan elektrik. Jadi memanglah wajar bagi pihak pengelola sekolah untuk menyewa dewan sekolah kepada pihak luar untuk memperolehi pendapatan sebagai salah satu cara untuk mengatasi defisit yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Jadi, selagi aktiviti pihak luar yang diadakan di dalam dewan sekolah bukan dijalankan dalam waktu sekolah dan tidak melibatkan dan mempengaruhi guru dan pelajar, pihak pengelola sekolah mempunyai hak untuk menyewa dewan sekolah kepada mana-mana pihak.

Tetapi kesalnya, selain daripada menggunakan Jabatan Pendidikan untuk mengeluarkan arahan kepada SJKC La Salle, Dato’ Mah malah mengarahkan pegawai khasnya untuk memberi amaran kepada pihak sekolah. Tindakannya langsung tidak menghormati kuasa pengelola sekolah tersebut.

Pada awal tahun ini, Timbalan Menteri Pendidikan juga melarang SJKC Khai Chee untuk menggunakan bangunan sekolah yang dibina melalui aktiviti pungut dana oleh pihak pengelola sekolah yang bertujuan untuk mengurangkan kepadatan murid di dalam bilik darjah. Ini adalah kes yang menunjukkan Dato’ Mah langsung tidak menghormati kuasa pengelola sekolah.

Saya menyeru Dato’ Mah menghentikan penyalahgunaan kuasanya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan. Apa yang dilakukan oleh beliau langsung membelakangkan jiwa “Keluarga Malaysia” yang dipelopori oleh kerajaan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme