Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perasmian pameran dan jualan karya seni di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur oleh pengasas Asia Art Show

Posted on Saturday, 17-09-2022Thursday, 22-09-2022 by Editorial Team

Pagi ini, saya dijemput oleh pengasas Asia Art Show, Puan Hazrita Mohd Hatta untuk merasmikan pameran dan jualan karya seni di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur.


Dalam ucapan saya, saya berkata karya seni adalah penting bagi sesuatu negara kerana ia bukan sahaja mencerminkan seni budaya dan pemandangan sesuatu negara, ia juga membayangkan sosio ekonomi dan politik negara itu.

Selain itu, seni budaya juga paling baik bagi kaunseling dan terapi. Ia dapat meredakan emosi dan membantu mangsa depresi keluar daripada kemurungan.

Saya memuji kreativiti pelukis kartun Zunar dan Fahmi Reza yang selalu menghasilkan kartun yang menyindir ahli politik dan membayangkan isu semasa. Mereka teguh pada prinsip kebebasan ekspresi (bersuara) dan terus mengeluarkan karya mereka walaupun telah banyak kali didakwa ke Mahkamah kerana mesej dalam karya mereka.

Saya menghargai usaha Puan Hazrita untuk mempromosi karya seni tempatan. Saya mengeluarkan RM3K untuk menyokong pameran ini dan juga membeli beberapa karya seni yang dipamerkan.


Saya dibawa oleh penganjur untuk melawat dan melihat semua karya di dalam pameran ini. Banyak karya memang kreatif dan cantik.

Sekiranya anda berminat mengunjung pameran ini di Hotel Royale Chulan. Ia dibuka sehingga 11 malam hari ini dan disambung daripada 9 pagi — 8 petang besok (18 Sept).

#teresakok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Kempen Jom Sihat – Saringan Kesihatan Komuniti Percuma di Pearl Point Shopping Mall (31 Mei 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Dapur Seputeh, Taman Salak Selatan (31 May 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Happy Garden Morning Market (31 May 2025)
  • Sesi Libat Urus bersama DBKL berkenaan caj tempat letak kereta (TLK) di Kuchai Entrepreneurs Park (KEP)
  • Sembang Santai bersama penduduk wanita di PPR Kg Muhibbah (29 Mei 2025)
  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Pemeriksaan Mata Percuma untuk pelajar B40 anjuran Rotary Club KL Sentral (24 Mei 2025)
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme